Gugel
Perlu ke??
Bagi saya tak perlu pun kerana SEMESTInya bukanlah budaya yang perlu diterapkan bagi kita yang beragama Islam.
Saya beranggapan yang budaya melakukan majlis "baby shower" ini hanya lebih kepada kebaratan dan tak sangka pula di Malaysia ni banyak dan ramai orang melayu, islam kita yang turut meraikannya.
Bukankah lebih afdal jika kita mengadakan majlis yang lebih kepada ke islaman dengan menitipkan puji-pujian pada yang maha esa, mengaji, berzanji dan marhabban bagi menyambut kedatangan orang baru.....tapi tu eh!! itu majlis cukur jambul kan? Tapi rasanya sama aje kalau dah semua pun nak berbaby shower maka adalah lebih molek kalau kita mengadakan majlis melenggang perut.....ye dak??
Gugel
Bukan ke di kampung-kampung malahan terdapat di bandar juga mereka mengadakan majlis melenggang perut atau juga dikenali sebagai kirim perut oleh masyarakat Melayu. Upacara ini dilakukan terhadap wanita yang mengandungkan anak sulung ketika kandungan berusia lingkungan tujuh hingga lapan bulan. Upacara ini dilakukan oleh seorang bidan bertujuan untuk membuang kecelakaan yang mungkin bakal menimpa wanita tersebut dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut atau dalam erti kata lain bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan baby tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.
gugel
Pelbagai alatan juga digunakan bagi menjalankan adat tradisional ini, tetapi berlainan pula bagi mereka yang bertambah moden dan lebih kepada kebaratan dengan melakukan majlis sambutan "baby shower" bagi menyambut para ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.
gugel
Mereka mengadakan majlis yang lebih kepada makan-makan di restoran atau dirumah yang di hoskan oleh salah seorang rakan baik mereka dengan menjemput semua sahabat handai (ada juga keluarga...depends) dan setiap yang datang di haruskan membawa hadiah untuk di bakal ibu tersebut, tak kiralah nak beri hadiah apa pun tetapi yang berkaitan dengan baby. Selain itu mereka mengadakan segmen permainan untuk para tetamu bersama-sama mengembirakan bakal ibu tersebut. Ruang majlis dihiasi dengan belon dan ucapan-ucapan banner dengaan kata-kata semangat dan topi, selempang party jika ada (advance kan?)
gugel
Terpulang kepada kita bagaimana kita ingin menyambut kelahiran anak kita samaada dengan mengikuti cara tradisional atau cara moden....BERGANTUNG. Tetapi adalah lebih afdal dan molek jika kita sebagai umat Islam menyambut bakal bayi yang akan keluar itu mengikut lunas dan ajaran islam serta mengamalkan kebudayaan yang berlandaskan Islam juga.
Walhasilnya "Tepuk dada tanya selera".
1 comments:
MM sendiri pun tak berapa faham baby shower parti ni.. Rasa macam tak perlu lah. berparti2 bagai. Baiklah buatkenduri doa selamat je kalau ye nak jemput kawan2 or family makan2..
Post a Comment