Tuesday, April 17, 2012

SEGMEN PKA RAHIM : SURPRISE..!!!

Assalammualaikum....



First things, terima kasih Pka Rahim sebab sudi menjemput akak untuk bersama-sama bersegmen dalam segmen anjuran Pka kali ni.

Erm...nak ceritakan pasal Surprise ni yang payah ni....erm..so far sis tak pernah attend surprise birthday party ke hapa sebab everytime En. Habi dan anak-anak atau ahli keluarga lain nak buat surprise, akak mesti dapat tahu dulu....hehehhe jadi tak bolehlah nak dijadikan bahan surprise kan.

Kalau nak bercerita pasal hantu ni takdelah in detail sangat cuma pernah lah kena attack demam seminggu kami suami isteri sebab ternampak bayang-bayang "makhluk" dekat rumpunan batang pisang di belakang rumah di kawasan Ampang Hilir (rumah kerajaan) ketika menghantar pembantu rumah pulang bercuti ke rumah majikan kakaknya yang berkerja di Ampang Hilir (sebelah Bangunan Perkeso, Jalan Ampang) sekarang dah roboh dah rumah tu buat kondo mewah dalam beberapa tahun yang lalu (kalau tak silap 8 tahun yang lepas).  Memang unexpected ternampak sebab kebetulan kereta kami memang betul-betul melalui kawasan yang bersebelahan dengan rimbunan pokok pisang tersebut kerana hanya itu sahajalah jalan yang ada untuk keluar dan masuk menuju ke jalan utama.

Nak dikatakan time tu waktu tengah malam tak jugak sebabnya jam baru aje menunjukkan dalam pukul 8.00pm lebih. Tapi dah nak kena time tu...alhamdulillah takde mudarat pada anak-anak, cuma kami suami isteri sahaja yang terkena "kejutan" tersebut akibatnya seminggu demam dengan sendi-sendi sakit semua.

Selepas dari kejadian itu adalah juga terkena sikit-sikit tempias di pejabat akak ni yang mana kalau tiba waktu pagi sangat pun tak boleh...petang sangat nak ke malam juga tak boleh TETAPI nak tak nak kenalah hadap juga yang mana baru tak baru jugalah kejadian tu iaitu sewaktu saya berseorangan menunggu 'ketibaan' En. Habi (yang selalu menjemput saya setiap hari) tapi pada hari tu lambat tahap gaban la pulak dia..jam pun takdelah lewat sangat cuma dalam 6.45pm gitew..yang mana kawan-kawan pejabat saya pun time tu dah hilang ghaib pulang ntah kemana, selalunya mereka ada juga sebilangan yang pulang lewat kerumah, tapi ntahlah kenapa balik cepatlah pulak hari tu.

Ketika itu sewaktu saya BZ berblogwalking ke rumah kawan-kawan saya terdengar bunyi dengusan seseorang di meja belakang saya, tetapi sememangnya ketika itu tiada siapa pun yang tinggal di pejabat melainkan saya seorang.  Haru ke tidak hanya tuhan yang tahu dimana bunyi dengusan dari suara orang lelaki itu antara dengar tak dengar di pendengaran saya yagn ketika itu tidak menyumbat telinga atau mendengar muzik pun cuma yang ada SENYAP dan SUNYI aje.

TINDAKAN drastik saya lepas dari bunyian itu .......apa lagi terus angkat beg dan maju terus kedepan tanpa menoleh ke belakang lagi dengan mencicit laju langkah seribu yang kubuka akibat dari KETAKUTAN dan menunggu En Habi di lobi depan pejabat saya.  Selepas dari insiden itu saya tidak HARUS dan takkan melibatkan diri untuk berseorangan atau pulang lambat berseorangan tinggal di pejabat lagi (adalah lebih selamat jikalau saya terus menunggu di lobi sahaja dari duduk berseorangan di dalam pejabat).  NAHIII!!

Pagi ini salah seorang dari rakan sepejabat saya ada menceritakan yang beliau juga ada mendengar bunyi dengusan itu beberapa minggu yang lepas  dan semalam beliau terdengar bunyi loceng kaki (orang berjalan) di dalam kawasan pejabat kami. Erm....siapakah gerangannya mereka-mereka itu..........yang penting mereka juga makhluk Allah seperti kita.

SIAPP!!

Pada kawan-kawan yang berminat nak berkongsi cerita anda bolehlah singgah dan berziarah sambil berkenalan dengan Pka yang comel dengan hanya menekan SINI.

10 comments:

Pka Rahim said...

wowww suspen jugak cita akak.. takot. pka tinggal sorang je kat ofis ni. huhu
neway tq join segmen pka ye :)

Nadiah said...

seramnya...kat tmpt kerja saya ni lagi la....eeeeeeeeeee

Unknown said...

seram nyer kak...mujur baca time ofis hour..klu baca time lain....mau tutup suis pc n terus cabut

Yumida said...

seram la citer akak tu..klo sy mmg cuak ar...lemah semangat...

RamRamCute said...

@Pka Rahim

Pka rasanya kalau kita terlalu memikirkannya mesti terbawa-bawa kot...hehehhe tapi adakalanya tak fikir tapi terdengar la jugak :s

RamRamCute said...

@Nadiah
ye la semua tempat kerja mesti ada kan...cuma jangan difikirkan sangat kalau tidak memang tak kerjalah kita...

RamRamCute said...

@Tentang Kita

Hihi..sis tak berani berlama-lamaan sorang-sorang lepas ofis hour..takut dengar yang bukan-bukan

RamRamCute said...

@Yumida

akak pun lemah semangat....tak mahu fikir lagi..tapi sebab kena cerita dlm segmen pka ni ...nak tak nak kenalah jugak...:s

Ayue Rejaluddin said...

dri segmen same.....
Tkutnya kak....

http://ayuejean.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html

Jue Ngasri said...

*dari segmen suprise jugak
eee seramnye. nasib baik siang lagi huhu

sudi2 visit n follow blog kite ye

http://juengasri.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...