Assalammualaikum .....
Kembali bersiaran..sekejap tenggelam sekejap timbul..sekejap ada entri sekejap takde entri. PARAH betul penangan mood tak tentu masa ni.
Hari ni saya gagahkan jua menitipkan entri bosan saya yang tak hapa-hapa kat sini agar kawan-kawan sudi jengah dan tak sunyi rumah saya ni dari kunjungan.
Seperti biasa hari Isnin yang penuh kemalasan ini saya memulakan hari yang agak berat sedikit untuk menghabiskan segala tugasan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Lately ni mood kelaut susah untuk di jangka dan selera makan kejap naik sekejap turun tak menentu. Makan sekadar menghilangkan rasa kepahitan tekak yang agak melampau-lampau rasanya dan apabila terasa lapar, bila makan makanan manis terlalu perit pulak rasanya, bila minum air tawar terasa kelat dan pahit pulak, bila minum air teh o ais terasa pahit pulak..hish macam-macam jenis rasa dan tak selesa.
Tetapi agak menghairankan saya apabila rasa ini terus mengundang selera makan tak juga surut, makin hendak makan dan makan dan makan lagi....walaupun rasa bercampur baur dengan pahit dan kelat namun saya telankan jua dengan niat nak hilangkan rasa pahit di tekak nia .
Hish!! sungguh kurang selesa!! Bilalah agaknya semua rasa dan kekalutan saya ini akan berakhir...janganlah hendaknya berlarutan hingga ke penggal akhir tempoh "pembawakan" ini....sungguh saya kurang senang. Kali ini situasi sungguh agak berbeza dengan anak-anak saya yang lepas-lepas. Badan sungguh lemah dan berat, mood kejap ada, kejap takde, tekak rasa loya tak loya, muntah tak muntah, perut rasa macam nak gastrik tak gastrik, selera tak membuak-buak tapi bila makan HARUS dan PERLU kerana kalau tak makan bernyanyi-nyanyilah perut ni.
HUARGGGGHHH!!
Kawan-kawan pun begini ke?? Seronok pada kawan-kawan, kawan blogger dan saudara yang telah selamat "melahirkan" dan kini menjalani tempoh ber"pantang". Erm...tabahlah hendaknya saya kali ini
10 comments:
arrgghh..sama la mood ke laut niii...
monday bules..kemalasan tahap cipan nie....kan best klu cuti ari sabtu hingga isnin
hari ni memang tak de mood... bila petang macam ni... mata pula mengantuk....
Alahaaaai, kesiannya akak. Kuatnya seorang ibu menempuh hidup demi anak kan (:
YA lah kan... ogyep pun mood ke laut ari ni...
@:: Mrs.Eady ::
Isnin selalu macam tu kan?? tapi akak ni kadang-kadang hari lain pun gitu gak...heheheh
@Tentang Kita
tapi malangnya bulan ni takde cuti bagi kita hanya satu hari tu aje 11 hb...huhuhuhu aduiyai!!
@Masz Sidek
betul masz..nak nak kalau hujan petangnya..aduhhh lagi liat dan kelaut manjang :)
@shiema sufian
Insyaallah harap semuanya dipermudahkan shiema...terima kasih atas kunjungan awak :))
@ogyep yummy mellow
tahap kemalasan yang melimpah ruah...huhuhu
Post a Comment