Thursday, April 19, 2012

Jangan Mudah Tertipu....



Pelbagai taktik digunakan sindiket penipuan bagi memerangkap mangsa termasuklah yang  terbaru dengan menjadikan penyedia laman web popular untuk urusan jual beli barangan termasuk kenderaan yang menawarkan kereta mewah dengan harga murah.

Sindiket terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu cuba memerangkap mangsa dengan menawarkan kereta mewah dengan harga murah dan tidak masuk akal. Difahamkan, sindiket berkenaan dikesan melakukan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dengan memperdayakan mangsa sebelum mereka terjebak dan akhirnya akan memasukkan sejumlah wang deposit sebagai tanda persetujuan.

Taktik kotor itu digunakan sindiket terbabit dengan mempamerkan gambar kereta mewah termasuk harga dalam laman web berkenaan atas nama individu atau syarikat kereta terpakai bagi mengelirukan pembeli.


Pembeli yang tertarik dengan model kereta dan harga yang ditawarkan itu akan membuat urusan dengan pengiklan berkenaan melalui laman web itu. Malah, kegiatan mereka sangat licik apabila tidak meletakkan nombor telefon yang lengkap sama ada terlebih digit atau sebaliknya.

Pembeli yang ingin menghubungi pengiklan berkenaan tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya berurusan dengan menggunakan e-mel yang disediakan laman web berkenaan. 

Zaman sekarang pelbagai jenis manusia melakukan sesuatu perkara atas tujuan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan hak serta kepuasan pengguna.  Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan meminta pendapat dari orang yang lebih mengetahui sebelum membuat sebarang pembelian melalui internet.

1 comments:

adam narzuan said...

hati2.. jangan sampai tipah tertipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...