Friday, April 06, 2012

Jumaat Yang Penuh Kemalasan

gugel

Assalammualaikum....

Jumaat kembali menjengah menemui kita semua...alahai bosannya.  Mood dah sememangnya 'weng' kelaut entah tak tahu nak kata apa lagi, yang pasti saya memang tak mempunyai sebarang minat dan kuderat nak meneruskan tugasan hari ni, kerana sememangnya di waktu begini mood sekejap ok sekejap tidak membuatkan saya lemah dan lemas.

Hanya menunggu masa melihat dan memerhati jam agar cepat dan pantas berlalu meninggalkan saya hari ini.  Nak berblogging pun dah tak tahu biji butir apa nak cerita, berBW pun sudah sambil melihat-lihat entri menarik dari rakan-rakan seperjuangan yang baru-baru ni saya menjoinkan diri kerana melampaui zon bosan tahap gaban.

Kerja memang ada, tipulah kalau saya katakan kerja dah siap dan settle, hakikatnya kerja yang saya lakukan sepatutnya produktif menjadi sedikit slow tahap labi-labi kerana sibuk melayan kerenah diri yang agak tidak keruan beberapa minggu ni.

Semoga semuanya kembali seperti sediakala pada minggu hadapan dan mood akan kembali baik walaupun tahu sememangnya ianya akan berlarutan hingga ke beberapa bulan lamanya, tapi akan cuba saya gagahkan juga demi tugasan yang telah di amanahkan. Insyaallah.....

Selamat berhujung minggu pada kawan bloggers semua.......

3 comments:

Eintan Nurfuzie said...

cik en hari isnin yg mals...huhu

Unknown said...

esok kan cuti..

ogyep yummy mellow said...

ogyep tak suka monday.... tapi suka friday... cos, esoknya ada 2 hari nak berehat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...