Friday, April 13, 2012

Kenapa Mesti Beritahu Semua Orang.....


Assalammualaikum......

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari....

Ehsan Google

Lately ni pelbagai jenis berita ada dipaparkan di dalam media dan suratkhabar.  Pelbagai isu selain dari isu bencana alam, isu politik, isu semasa, sukan dan tak kurang juga isu pernikahan, keruntuhan serta permasalahan dalam rumahtangga artis Malaysia dan luar negara serta orang biasa turut juga di paparkan di dalam akhbar dan majalah.

Bukankah suratkhabar dan media tempat untuk menyampaikan berita dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenegaraan serta alat perhubungan antara rakyat dan kerajaan pimpinan negara. Kenapa isu-isu mengenai keretakan serta permasalahan di dalam rumahtangga perlu digembar gemburkan di dalam media dan suratkhabar hingga boleh mengaibkan pasangan dan keluarga masing-masing.

Tidak haruskan kita memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan isu rumahtangga sendiri  tanpa menggunakan khidmat akhbar dan media, kenapa mesti mewar-warkan kepada semua orang seantero negeri dan negara mengatakan kita mempunyai masalah dalaman rumahtangga hinggakan terkadang itu isu dalam kelambu serta layanan terhadap suami/isteri pun daripada orang tak tahu jadi tahu.

Memang betul konsep sesetengah orang mengatakan bahawa mereka itu orang kenamaan dan artis dikenali ramai, tetapi apabila time bersuka ria, cinta mencintai umpama dialah(pasangan) satu-satunya manusia yang disanjung dan disayangi tiada yang lain, tetapi apabila ada permasalahan timbul dalam setiap perkahwinan itu masing-masing menunding jari sesama sendiri mengatakan sipolan dan sipolan itu dan ini yang salah sedangkan diri sendiri tak pernah nak dicermin dan cuba untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan cara terbaik dan aman.  Mengapa mesti memberitahu semua orang akan permasalahan yang kamu kamu hadapi.  

Kasihani anak-anak dan keluarga yang menangung malu dan aib yang dilemparkan serta kata-kata yang menyentuh perasaan ketika segala masalah rumahtangga diceritakan kepada media dan orang ramai.  Impak yang mereka (keluarga dan anak-anak) terima apabila menemui orang ramai dan rakan-rakan disekolah kita tidak mengetahui perasaan mereka.

Semolek-moleknya, berbincanglah dengan cara baik dan lakukan dengan cara berhemah dan professional tanpa memalukan sesiapa dan menunding jari pada sesiapa.  Kerana apabila kekurangan anda diketahui orang maka selepas itu orang akan menilai siapa diri anda yang sebenarnya.

p/s: saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib Rita Rudaini bersama anak-anaknya, serta kisah Sri Wani yang tidak habis-habis dimalukan dan diaibkan, semoga dua individu terbabit sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan tersebut.  Tahniah juga pada Sham Kamikaze .....

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tak minat baca hal artis..

Reena Sidek said...

kadang2 tu baca gak kisah artis...
tp tak berani nak komen yg bukan2... takut salah komen pula...

p/s : kisah rita dan sri wani pun ada gak sy baca... semoga mereka tabah menghadapi dugaan ni...

ogyep yummy mellow said...

sesetengah berita tu, elok jika dihebahkan... sesetengah perkara itu elok jika disimpan sahaja...

Anonymous said...

dan kebanyakkannya berita yg berbaur fitnah dah tersebar merata rata.. konsep berita skrang lg panass cerita lg laku jualannya

ajumohit said...

Mmg tak elok cerita hal2 umahtangga di fb and dsb, cute gilet blog ni, suke2

Unknown said...

Kurang minat gak baca tentang artis. . Salam perkenalan dari geez

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...