Assalammualaikum...
Wahhh!! pada mereka-mereka penggemar fesyen memang seronok tak terhinggalah bila dapat tahu yang pereka terkenal Jovian Mandagie telah berjaya memasarkan pakaian rekaan beliau di outlet First Lady selain dari membelinya secara online di zalora.com.
Memang rata-rata ramai yang menanti dan menyerbu kedai-kedai berkenaan hanya semata-mata ingin mendapatkan design khusus Hari Raya yang terdapat di outlet First Lady hasil rekaan Jovian Mandagie...siapa tak kenal kan? Selain dari Jovian sebelum ini Rizalman Ibrahim juga ada juga membuat design dan dipasarkan di Pasaraya Tesco. Sambutannya juga boleh tahan tapi tidaklah sehebat penangan Jovian Mandagie ni..
Persoalannya rata-rata mengatakan material kain yang di jual di First Lady tidaklah seperti mana yang mereka lihat di dalam gambar yang dipaparkan. Kiranya dalam erti kata lain "Indah Khabar Dari Rupa". So far saya tidak berkesempatan lagi nak mencuci mata di outlet-outlet First lady ni sebabkan bagi saya mana mungkin pereka fesyen terkenal nak menjual pakaian mereka yang berkualiti di kedai-kedai kunjungan orang ramai dan terbuka. Pastinya mereka hanya akan buat designing dan selebihnya mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pengeluar untuk membuat secara banyak dan dengan mutu serta hasil juga kurang memuaskan.
Gambar: Sumber dari Facebook Jovian Mandagie
Tapi pada mereka yang dah membeli tu tak perlu komplen banyak, dah sememangnya harga baju hasil dari desining pereka terkenal memang mahal, kalau sanggup nak membeli pastinya tak perlu ragu-ragu nak membayarnya dan kalau nak kira puas hati tu adalah lebih baik membelinya secara terus di butik-butik mereka betul tak?
Apa pun membeli jangan sampai tak ingat orang belakang, nanti beli sikit punya mahal nak nampak lain dari orang... bila time raya tengok-tengok sama pulak dengan makcik sebelah rumah atau tuan rumah yang kita berziarah tu pulak, tapi takpelah..kaum wanita ni memang kepuasan membelinya pada tahap yang tertinggi termasuklah saya (susah nak kawal- peringatan untuk diri sendiri).
Selamat Bershopping!!
10 comments:
tak membeli la kak..
hmpir nk mbeli da bju jovian kat zalora...tp, nsb la mahal sgt...pastu ader tbace psl isu zalora..trus melupakan..huhu..jd, pakai bju yg mne ader je..hihi
kurang minat membeli di first lady...kain semacam jek,kureng selesa dipakai.kejung keras dan panas ado..saya perfer beli kain di Gulatis..kualiti memuaskan hatiku.tempah jahit jek
jahit sndri jerr.. kdg nak beli dah siap tak sesuai laa, takder saiz laa.. ermmm redha jerrllaa
Salam..
haah..saya pun tak pernah beli kat 1st lady..tapi setakat yg saya tengok pakaiannya tak berapa selesa..tapi cantik..ye la..harganya pun murah..cuma keselesaan tu la takut nak dapat kan..hehe
ari tu g first lady xde pon lg.last2 dh beli kat butik lain . hikhik
Saya rasa baju First Lady design dia bagus tapi in terms of quality, not very la. Untuk bergaya boleh la.hehe.
Shopping ... shoping jugak.. tapi ingat lepas raya nanti camner :)
assalamualaikum rahmah...betul tu perempuan la katakan memang x lepas dr shoppingkan tapi kenalah beringat2 yer...:)
masa gi ari tu x de pun..tapi beli gak baju first lady..
Post a Comment