Tuesday, August 14, 2012

Iftar Mengeratkan Tali Silaturrahim...


Assalammualaikum....

Bersiaran kembali...kejap tenggelam kejap timbul saya ni..maaf kengkawan aktiviti mengapdet agak berkurangan lately ni disebabkan tuntutan tugasan yang agak banyak berbanding hari-hari biasa.  Di harapkan agar anda semua sihat dan sejahtera.

Tibalah masa kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini.  Bagaimana persiapan anda semua? Sekejapan sahaja masa berlalu meninggalkan kita...Semoga kita semua beroleh pahala dan keberkatan di sepanjang bulan yang mulia ini.

Alhamdulillah baru-baru ini kami sekeluarga telah menghadiri majlis berbuka puasa di luar bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga arwah bapa saya.  Memang hubungan kami semasa arwah bapa ada dulu rapat sehingga kini, tetapi since arwah bapa saya pergi meninggalkan kami sekeluarga 14 tahun yang dulu hubungan dengan adik-beradik sebelah bapa dan kazen-kazen yang lain tetap rapat dan erat cuma kami jarang untuk berjumpa dan bersama-sama untuk keluar beriadah atau berhibur dengan mereka kerana komitmen tugas masing-masing.

Baru-baru ini kami dengan rasa gembira dan teruja pergi berbuka puasa bersama mereka semua di luar dan rasanya nostalgia bersama arwah dan keluarganya semakin dekat dan terasa dekat dengan kami.  Walaupun tidak secara 100% ahli keluarga yang berjaya dikumpulkan tetapi Alhamdulillah saya cukup-cukup gembira. Paling gembira emak sayalah..mana taknya dapatlah beliau bersama-sama bercerita dan berjumpa dengna anak-anak buah dan cucu-cucu sedara di sebelah ayah dengan berborak lama sambil lepas tu shopping sikit2.

Insyaallah kami akan kekalkan tradisi sebegini di tahun-tahun hadapan bukan sahaja mengumpulkan ahli keluarga di sebelah arwah bapa saya sahaja malahan di sebelah suami dan emak saya juga bagi merapatkan serta mengeratkan tali silaturrahim kami hingga ke akhirnya.

Oleh itu layankan ajelah gambar-gambar saya ni....










p/s: rindu sangat masa zaman kanak-kanak dulu..sememangnya saya memang rapat dengan keluarga di sebelah arwah bapa...kenangan bersama arwah mengundang kegembiraan di hati kami semua....




10 comments:

Mrs. Norrie said...

seronok iftar reramai nie

ZieMarziah said...

akak, yang pakai baju biru 2 kak naslini ke nama dia?

Unknown said...

hepy jer sume...mmg sonok dpt bkumpul & bbuke ramai2 esp ngan fmly :)

kak gojes said...

seronok kan iftar reramai..

RamRamCute said...

@SHAHZEE

bukan shahzee...nama akak tu Radiah Ali

RamRamCute said...

@Mira Adzlia

Betul tu Mira..dh lama tak berkumpul dan bersama...

RamRamCute said...

@Mrs. Norrie

Betul tu Mrs Norrie...

Kekzamanis said...

Wow! Ramainya family sis.. Mesti meriah bila hari raya kan? =)

ZieMarziah said...

owh..sebab muka dia sebijik macam akak kawan saya.ingatkan sedara mara k hehehe

Aziela said...

Bila berjumpa semula ramai2 macam nie memang seronok jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...