Assalammualaikum....
Selagi tak habis bulan puasa ni asyik nak cerita pasal puasa dan raya aje kan...tapi takpelah nak cerita jugak.
Saya sekarang ni dah berumah sendiri jadi bila dah berumah sendiri mesti duduk asing dengan parents kan? Tapi bukan nak cerita pasal tu .... sebenarnya kawasan rumah saya ni dikelilingi dengan segala macam prasarana contohnya macam shop lot kedai makanan, pasar malam, downtown, pasar pagi dan di bulan puasa ni terdapat bazaar ramadhan dan lokasi tempat-tempat ni betul-betul berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang...bak kata orang "jalan kaki pun bolehhh" (cakap dalam nada iklan Rejoice ye). Memang meriah!!
Persoalannya bukan disebabkan bising ke kotor ke apa ...cuma yang menjadikan saya tertanya-tanya adalah kerana di situ terdapat downtown pada malam hari dan di saban hari dengan disediakan tempat untuk anak muda atau golong tua berhibur iaitu tempat menyanyi KARAOKE.
Gugel |
Memang setiap malam akan berbunyilah muzik dekat downtown tu sampailah ke pagi dalam pukul 4.00 pagi tu barulah nak over senyap sunyi. Tapi pabila masa berganjak ke bulan Ramadhan ni ..semestinya kita menghormati bulan mulia dan bulan ibadah kan...persoalannya sekarang, mereka dengan tanpa segan silu menyediakan khidmat karaoke tersebut di setiap malam akhir-akhir ini (awal bulan ramadhan hari tu senyap sekejap..masuk puasa ke 10 terus rancak balik buka meja).
Saya rasakan perkara sebegini tidak patut dan harus mereka lakukan. Dan yang menghairankan lagi ada saja la pulak orang yang nak menyanyinya tanpa segan silu dan menghormati bulan Ramadhan...TAK MALU KE HAPA??
Sepatutnya kita perlulah menghormati bulan Ramadhan kerana masa ini kita boleh beramal dan mengejar kan pahala. Mengapa mereka perlu alpa hingga sanggup menyanyi di tengah-tengah malam melalak-lalak sedangkan di masjid berdekatan tengah melakukan sembahyang sunat dan solat terawikh serta ceramah agama yang mereka memang sah-sah dengar. Tidak terbukakah pintu hati mereka untuk sentiasa menghormati bulan mulia.
Apa nak jadilah dengan mereka ni....
11 comments:
karok??tidakkkk...
haish...dasat dorg nih
sabar je lah kan.... moga Allah bagi petunjuk untuk mereka tu...
ishhh..tak patut..xder ker yang buat report?
tepuk dada tanya selera..ssh kekdg nak tarbiah org cenggini..
Memang x patut betullah,apatah lg klu bulan ramadhan nie.
saya pun tak faham dgn mereka2 tu
ada jugak mcm tu..haish..
pergh..dah lupa dunia bah dorang tu...
lew..ingtkan xde
Kesian.... :-$
Post a Comment