Monday, August 13, 2012

Malas Nak Buat Kerja...


Assalammualaikum...

Memandangkan kita semua bakal melabuhkan tirai Ramadhan dalam beberapa hari lagi maka menjelang ketibaan hari raya ni... semestinya mood nak bekerja tu semakin berkurang ditambah pula hari ini merupakan hari kemalasan yang sentiasa melanda diri saya yang banyak BLUES ni.... Anda pula bagaimana?

Segala keperluan anak-anak dan diri sendiri pasti sudah tersedia mungkin ada yang tinggal sikit-sikit lagi. Takpelah tapi AWAS jangan berbelanja berlebih-lebihan nanti memudaratkan diri sendiri.

Minggu ini juga minggu terakhir bagi mereka yang ingin membuat persiapan berhari raya nak membeli dan membuat kuih untuk hari raya.  Kerana mengikut percaturan saya pastinya ramai yang bakal meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur tahun ini untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta di luar bandaraya.  

Oleh itu saya di kesempatan ini memohon 10 jari untuk memohon maaf jika ada salah dan silap selama saya berblogging dan menjadi sahabat anda semua.  Ampunkan tersalah dan tersilap saya dari segi penulisan dan percakapan.

5 comments:

Cik mama said...

samalaa cik mama, skg lakk ngah selsema.. lagilaa malasnya membiak.. heheh.

"selamat hari raya maaf zahir batin"

wahida said...

saya pulak hepi je kak...hehe...
saya terlalu jarang ada monday blues...Alhamdulillah...

saya pun nak mintak maaf kak sepanjang kita kenal ni kak...kot2 ada terkasar bahasa yg buat akak kecik hati...huhu...

- AZIE - said...

minta maaf jgk kak, kalo ada salah silap sepanjang kenal di alam maya nie, dh xsbr nak cuti..

ZieMarziah said...

betul kak..xde mood la nak wat keje.radio pun ligat pasang lagu raya

Unknown said...

same la kite..rse mcm nk cuti skang je..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...