Assalammualaikum...
Setiap kali kalau tibanya hari raya tak kira aidilfitri atau aidiladha pasti akan tertera di suratkhabar dan tv segmen yang dipanggil "Salam Perantauan".
Salam perantauan ni khusus pada mereka-mereka yang studi dan menetap di luar negara dan ingin menyampaikan pesanan dan ucapan kepada ahli keluarga yagn berada di Malaysia atau di mana sahaja mengatakan mereka tidak dapat bersama-sama pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
Agak-agak andalah mereka-mereka yang duduk di sana tu seronok tak nak menyambut kedatangan Hari Raya di negara orang?
Pendapat saya, meriah memanglah meriah dan seronok dengan dikelilingi oleh kawan-kawan serta kenalan tetapi suasana dan mood beraya di sana tak sama dengan suasana dan mood beraya di negara sendiri contohnya di Malaysia.
Kalau di sini sambutan hari raya memang berlainan dan sungguh meriah dengan menerapkan adat kunjung mengunjungi serta ziarah menziarahi dan aktiviti berikut akan berterusan paling kurang pun selama beberapa minggu di bulan syawal.
Selain dari itu, pada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, tangan-tangan mereka yang perlu dan wajib kita kucup di pagi hari raya serta sesi bermaaf-maafan dengan ahli keluarga yang lain tidak dapat dirasai jika kita berada di perantauan.
Ada juga antara mereka yang menyampaikan utusan/ucapan dengan mengekspresikan rasa gembira, suka dan sedih kerana tidak dapat bersama-sama keluarga tercinta untuk berhari raya.
Tetapi tak kiralah di mana pun anda berada, yang penting tali silaturrahim tidak terputus dan terus terikat walau di manapun anda berada nun jauh di ceruk dunia. Insyaallah ada umur dan rezeki dapat pulang beraya bersama-sama keluarga tercinta juga kan di lain masa dan tahun...
Jangan sedih-sedih ye!
12 comments:
dulu sy kecik2 suka baca salam perantauan ni..dn bercita cita nk belajo kt oversea then tulis kat salam perantauan ni..tp skrg dh tak tercpai..hehe..belajo dlm malaysia je
Tak tahu macam mana rasanya...
Tak pernah lalui juga...
sepupu izwa dua org kat luar negara..hehehe..buka n raya di kedutaan m'sia..
masa lini sekolah2 dulu berangan nk belajar kt oversea..nnt leh masuk paper cam tu..alih2 kat malaysia gak ...malaysia tanah airku
sedihnya pada yg beraya di negara org ni...huhu...
Dulu2 selalu baca sebab nak cari muka kawan2. Tapi now terus skip jer..hehehehhee. Tp kesianlah diorang kalau raya kat sana. Ada setengah tu, time raya kena pergi kelas, siap ada exam, ada assignment lagi. Nak tak nak, tunggu weekend laa baru dapat sambut raya dekat embassy.
@Saya Disini
haha samalah ngan LR pon
sedih kot raye tmpt org..yela, wlupun rmi rkyt Msia kt sne, tp still Msia adlh tmpt tbaik d hati :)
sy dari dulu sampai skang mmg suka baca salam perantau ni.rasa best sgt tgk dorang kat oversea.terbayang2 kalau la sy kat sana ahaks
kalau saya bukak page salam perantauan ni,mesti cari2 kalau ada muka2 yg saya kenal,kawan2 yg belajar kat oversea ke.haha...
Mieya pon suka sangat baca ruangan tu. konon-kononnya feeling dok kat luar negara letew.
atok raso diorang akan sambut raya sesamo diorang..pakai baju rayo...buat open house..pastu dah...kemeriahan tu tetap tak terasa macam mana di kampung halaman
Post a Comment