Tuesday, August 28, 2012

Raya Dah Selamat Belanjawan Keluarga Kena Ambil Kira....


Assalammualaikum...


Pinjam dari Google

Menginjak ke 10 Syawal dah kita....  Dalam diam tak diam duit pun dah banyak keluar dengan berbelanja dan membeli segala macam persiapan untuk sambutan Hari Raya baru-baru ini. Jadi rancanglah belanjawan kita semua sebabnya kalau nak menunggu waktu gaji sudah semestinya lambat lagi bulan hadapan kan?

Ada tak di antara kita semua yang tidak ambil tahu dan tak nak tahu menahu pasal belanjawan keluarga? Atau semuanya di bebani atau ditanggung oleh sang suami dengan anggapan mereka adalah ketua keluarga?

Rasanya rata-rata di antara kita semua bersama-sama memikul tugas dan tanggungjawab apabila bergelar suami dan isteri membanting wang dan tenaga untuk menjayakan rumahtangga agar lebih harmoni dan damai bukan hanya meletakkan semua bebanan kepada satu pasangan sahaja kan.

Jangankan ada duit kita pun sayang pasangan dan bila takde duit kita dan pasangan bercakaran bergaduh-gaduhan sesama sendiri akibat dari sikap menunding jari dan boros sesama pasangan dengan alasan sekali setahun dan nak merasa....

Mengatur belanjawan keluarga bukanlah sesuatu yang boleh di ambil ringan. Semua aspek perlu dikaji antaranya duit dapur, duit minyak kereata atau tambang perkhidmatan awam perlu diambil kira.  Malahan ianya bukan sahaja merangkum pada mereka yang telah berumahtangga aje..yang belum single mingle pun kena kaji dan membuat belanjawan agar bajet tidak disburse..

Melalui belanjawan kita dapat membantu membiayai segala keperluan seisi rumahtangga baik dari segi penjagaan anak-anak, persekolahan, makan dan pakai, percutian, kesihatan dan perkara-perkara yang diluar jangkaan kita (emergency).

Kegagalan mengawal belanjawan akan mengakibatkan perbelanjaan kita melebihi dari apa yang kita bajet  maka mengundang akan kegagalan dari segi membayar bil-bil rumah, tunggakan kereta, loan peribadi , ansuran rumah, keperluan dapur dan sebagainya.

Jangan salahkan sesiapa jika kita gagal membuat bayaran ansuran bulanan dan bukan juga disebabkan gaji kecil tetapi sikap boros dan kesilapan merencana perbelanjaan mengakibatkan seseorang itu berada di dalam kesempitan kewangan.

Berjimat cermatlah dan berbijaklah berbelanja mengikut kemampuan kita dan jangan hanya mengikut nafsu dan berkejar-kejaran untuk mengikut arus orang lain yang lebih berkemampuan dengan membeli itu dan ini hingga akhirnya kita sendiri yang terduduk diam tak terkata memikirkan akan punca bagi mendapatkan wang dengna segera bagi menampung kos perbelanjaan bagi sebulan berikutnya hingga menjelang gaji.

Bagi mereka yang telah mempunyai anak-anak sentiasalah berpada dalam membuat perancangan perbelanjaan ye.
   

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah kami masih lagi dpt merancang dgn baik..heheeh...lepas raya kami masih lagi boleh 'bernafas' sementara nak tggu gaji bln 9..

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::

Alhamdulillah...

Reena Sidek said...

Yg belum kahwin pun kena merancang juga kak... Duit gaji tu bagi sikit kat mak pak... memang mak pak tak kisah, anak bagi ke tak... tp sekurang2nye mereka terasa anak ingatkan mereka... dan duit yg anak bagi mereka boleh simpan utk kegunaan lain...

maszull said...

assalamualaikum rahmah...betul tu kenalah pandai budjet kewangan kita selepas raya ni...:)

LiYa HaNiF :: said...

gaji bln 8 tak masuk lagi hehe.. so boleh tarik nafas lega lagi hehehe...

salam kenal n follow ^_~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...