Assalammualaikum...
Tidur di bulan ramadhan ni sememangnya best dan seronok kan, tapi tahukah kita semua kalau kita terkurang tidur pun ada kemudaratannya...seperti terkena penyakit IMSOMNIA.
Insomnia adalah penyakit susah nak tidur, pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya tidak akan tidur berhari-hari lamanya.
Bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara sedemikian pastinya ada pelbagai langkah yang perlu diambil antaranya:-
- Lakukan senaman ringan di waktu pagi dan beberapa minit sebelum tidur.
- Elakkan makan dan minum dengan banyak sebelum tidur. Makan banyak perut pun akan sentiasa memulas dan meragam.
- Tidur dalam keadaan yang selesa.
- Elakkan kamu minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman bergas.
- Makan makanan ringan yang mengandungi sedikit karbohidrat menjelang tidur dengan segelas susu.
- Mandi dengan air suam 30 minit sebelum anda nak masuk tidur.
- Berhenti menonton televisyen atau membaca buku sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur
- Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur. Elakkan dari melakukan perkara lain seperti melayari internet dan sebagainya.
- Pastikan waktu tidur kamu teratur setiap hari.
- Tenangkan fikiran dan elak berfikir semasa tidur.
Insyaallah...kalau anda praktikkan pasti tidak kecundang dan efektif. Tapi kalau dah alang-alang tak boleh tidur tu apa kata kita mengaji ke baca yassin ke dapat pahala jugak kan.
9 comments:
alahai...siannya org yg telah hilang nikmat tidur ni...huhu...salah satu nikmat yg Allah tarik kata ustaz saya...
apapun, tips akak tu mmg berguna...
kalau tidur-tidur ayam tu leh dikategori sebgai insomnia ke ?
kalau x nak imsomnia,mak pesan jgn selalu tido siang.
assalamualaikum rahmah...yer la kalau dah susah tido pun masalah juga tu...mekacih info ini...:)
tips berguna ni kak :)
Alhamdulillah..tidur saya sentiasa oke setakat nie;)tp kalau terlebih tidur pulak camne tu?:)
tips yg berguna.
x pernah insomnia...terlajak tido itu selalu..heheh :p
Nikmat tidurlah yang sentiasa dikejar bila balik rumah....
Post a Comment