Friday, June 10, 2011

Bila YAB PM Datang Ke Kawasan Perumahanku

Assalammualaikum semua,

Selamat Pagi Jumaat. Di harap kalian semua sihat dan sejahtera hendaknya.

Pagi ni saya nak cerita sikit pasal aktiviti penduduk di kawasan perumahan saya. Bukan nak mengumpat, mengata pun jauh sekali. TAK BAIK!!

Ini cerita pasal YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Abd Razak yang sudi menyinggah berkempen di kawasan perumahan saya pada hari ini. Di jangkakan dalam 10,000 orang akan hadir mendengar ceramah beliau.

Area kawasan perumahan saya pagi ni dah macam kempen orang nak mengundi. Sebab apa saya cakap macam tu, sebabnya bendera berkibar sana sini. Boleh dikatakan setiap rumah dipasangkan dengan bendera Malaysia dan ada tu siap kibar bendera parti lagi. Hehehe... Kelakar pun ada. Setelah 34 tahun saya duduk kat sini tak pernah pulak menteri ke datang. Tapi eloklah, bermesra bersama rakyat. Mungkin PM boleh dengar segala macam permasalahan penduduk disini.

Tapi yang merumitkan setiap rumah ni nak kena pakai sticker untuk masuk kekawasan perumahan ni iaitu dari pukul 8:00pagi sampailah ke pukul 6:00petang nanti. Masalahnya sekarang anak-anak saya bersekolah lagi jadi mereka nak balik dari sekolah nanti mungkin bermasalah nak masuk ke kawasan perumahan ini sebabnya orang yang menghantar anak-anak saya tu takde sticker kereta (dah macam mana pulak anak-anak saya nak balik kerumah)?

Nampak berseri-seri kawasan perumahan saya ni sebab PM nak datang. Rumput-rumput dipotong, kereta-kereta buruk ditarik dan dilupuskan, jalan dihias cantik, jalan diturap. Amboii jangan sebab PM nak datang maka semuanya dijaga dan dikawal rapi. Harap-harap semua penduduk di sini muafakat dan sepakat untuk membersihkan kawasan perumahan kita ini dimasa akan datang.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sebelum nak ke pejabat pagi ni.



Surat dari AJK Surau



Stiker kenderaan yang nak masuk ke kawasan perumahan kami



Majlis tahlil semalam di adakan di surau.




Khemah makan para VIP










Baru nak naik bendera ni. Masa saya nak pergi ofis tadi para sukarelawan tengah nak pasang belon besar dan bendera lagi.

Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Lembah Keramat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...