Monday, June 27, 2011

Kenapa Mesti Di Facebook?

Assalammualaikum semua,

Selamat kembali bertugas dan selamat hari Isnin kepada anda semua. Walaupun saya tahu yang anda semua mesti malas-malas belaka hendak bekerja hari ini tetapi apa boleh buat...tugas dan tanggungjawab perlu dilunaskan.

Sebelum saya bercerita tentang lebih lanjut, harap maafkan saya jika tulisan saya ini akan mengundang kemarahan atau rasa tidak puas hati bagi sebilangan dari anda semua.





Hari ini saya nak bertanya pada anda semua.... KENAPA DAN MENGAPA ANDA SEMUA SUKA MENGUPDATE STATUS ANDA DI DALAM FACEBOOK ATAU TWITTER?

1) Adakan ianya untuk keseronokan?
2) Untuk Glamour?
3) Untuk mendapatkan kata-kata semangat dari rakan-rakan
4) Cara untuk anda mengekpresikan rasa gembira, marah, benci, meluat, sakit hati, dendam dsb.
5) Untuk menunjuk-nunjuk (showed-off)
6) Menagih simpati
7) Dan apa-apa lagilah......

Bukannya apa, saya melihat semakin ramai antara rakan-rakan yang semakin hari semakin seronok meletakkan status (yang baik-baik tu tolak tepilah ye) masalahnya mereka meletakkan status amarah, menyindir dan mengutuk rakan-rakan mereka yang lain di laman Facebook atau Twitter. Semakin hari semakin menjadi-jadi pulak. Dan menghairankan sekali bila dah letak status macam tu..makin ramai la pulak yang meletak komen seperti'nasi tambah' kat bawah status tu.

Betul tak??

Adakah ianya suatu trend atau sekadar untuk meluahkan apa yang dirasakan bersarang didalam hati setakat ini? Kenapa kita tidak suka mengambil sikap untuk berterus terang sahaja daripada kita terus menyembunyikan diri kita sendiri dan berpura-pura menyukai seseorang itu hanya kerana takutnya akan terjadi pergaduhan yang lebih besar meletus atau akan dipulaukan. Bukankah bila anda meletakkan status sedemikian ianya dah kira berdosa kerana anda menujukan kata-kata itu kepada orang yang anda 'niatkan' didalam hati anda(**orang lain tak kenallah SIAPA melainkan anda sendiri) itu.

Bukan itu sahaja, status berkenan juga bukan sahaja berbaur marah, geram, benci dan rasa tidak puas hati malah ada juga yang seolah-olah seperti mengugut dan ingin membuat pembalasan dendam keatas orang berkenaan( kes sama seperti yang pernah dialami oleh rakan sekerja saya)sendiri.


SUNGGUH TIDAK ADIL!!


Tidak dapatkan anda semua rasakan kesedihan, kemurungan orang-orang yang anda kutuk dan lemparkan kemarahan itu. Sudah hilangkan rasa sesitivity anda? Manakah hilangnya rasa serta nilai-nilai murni yang telah diterapkan didalam diri kita sebagai seorang Islam?

Cuba anda letakkan diri anda atau keluarga anda, dikalangan orang-orang yang kena kutuk tu...Adil ke tidak? Tidakkah kita semua fikirkan 'impact' selepas kita menulis dan mengupdate status kita itu? Dan bagaimanakah anda ingin meneruskan kehidupan anda setelah anda memaki serta mencaci orang berkenaan? Puas hatikah?

HENTIKANLAH!!

Berfikirlah secara rasional dan jangan terbawa-bawa ruang emosi anda mengaburi pemikiran serta kawalan emosi anda. saya menulis bukan kerana ingin mencari gaduh dan ingin menegakkan sesuatu yang tidak betul tetapi sekadar untuk peringatan buat diri saya dan kawan-kawan yang lain juga.

Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari menjadi seperti itu (tapi saya tak pernahlah mengutuk orang, cuma letakkan status kata-kata nasihat adalah.

Nasihat saya kepada mereka-mereka ini, tidak tahukah anda yang jika anda meletakkan status yang bukan-bukan ianya bukan sahaja akan mengundang perbalahan dan juga fitnah malah boleh diklasifikasikan dalam kes jenayah (SERIUS).

RENUNG-RENUNGKANLAH!

Saya cuma bertanyakan pendapat anda jika persepsi dan pendapat saya ini salah? (sila betulkan saya. Harap maaf sekali lagi pada sesiapa yang terasa.

AMPUN DAN MAAF DIMINTA!!

5 comments:

Akunyer said...

nice entri... reasons nombor 1 until 5 tu ada betulnya.. hihi saya kadang2 update sebab bosan..tapi selalu tu guna untuk ping blog ja... apa yang saya tengok kadang2 status diupdate lebih kepada menunjuk-nunjuk... bila ada yang salah faham mula la nak melenting n keluarlah "ni fb aku..kalau ko sakit hati tak payah tengok" hehe... :)

jemput

Kenapa kita belajar?

Ke mana Ticer menghilang?

Aziela said...

posting terbaik.... the truth

RamRamCute said...

Ticer Wann, Aziela dan Lyn: memang betul kenapa mesti begitu tetapi menghairankan kenapa tidak sanggup bertentang muka dan selesaikan dengan cara baik mengapa mesti nak meletakkan status yang bukan-bukan.

BeloG MTT said...

Kadang kadang tu terbaca sambil sengih jer la yang mampu.. =.='

RamRamCute said...

betul tu MTT, apalah daya kita untuk membuat sesuatu yang diluar kemampuan...betul tak? Biarkan ajelah mereka selagi mereka mampu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...