Assalammualaikum semua,
Saya bersiaran lagi...kali ni nak cerita pasal NOVEl lagi.... (bak kata En Habi "ish! orang perempuan ni kalau dah tengok cerita melayu sekali dengan hero macho, berterus-terusanlah dia sampai la bila-bila lepas tu ANGAU".) lantaklah janji setahu saya saya tak angau seperti yang dia kata..hehhehe......
AGAIN!! Slot Lestary di TV3 kali ni memaparkan drama yang telah diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "Stanza Cinta'. Nampak gayanya sekarang ni memang dah jadi trend penerbit-penerbit drama dah suka nak ambil novel dijadikan sebagai tayangan umum. Saya SUKA!! Saya rasa kawan-kawan yang lain pun mesti sama juga. Al-maklumlah bukan apa cerita Nora Elena dah tamat bersiaran so sekarang ni mestilah korang semua melekat kat TV tengok cerita ini pula....
Saya masih lagi belum berkesempatan membaca novel ini,kerana saya baru saja membelinya di kedai buku MPH, Great Eastern Mall semalam. Memang banyak kuantiti buku ini terjual buat masa ni. Masa saya ambil buku ni tak terfikir pulak akan bersiarannya cerita ini di TV so semalam sempat tonton separuh cerita ni barulah tau yang cerita ini pun diadaptasi menjadi drama. Syabas!!
Kalau membaca sinopsis cerita ini memang rasanya jalan cerita nya pun hebat juga dengan barisan para pelakon handalan antaranya Nur Fathia, Fizz Fairuz dan Aaron Aziz (AGAIN!! hero novel). Menonton sekali imbas malam semalam, memang para pelakonnya memberikan komitmen yang bagus serta berkesan dan menjiwai watak.
So kawan-kawan for those yang pernah baca, atau tengah membaca dan ingin membeli buku novel ni sama-samalah kita mengikuti jalan ceritanya yang disiarkan pada setiap Ahad, jam 9:00 malam slot Lestary di TV3.
Bagi kawan-kawan yang ingin membaca dengan lebih terperinci mengenai cerita ini bolehlah klik di laman sesawang pemilik novel ini sendiri iaitu Nurull Halawati.
Sekali lagi tahniah kepada penulis novel, pelakon serta penerbit drama ini kerana berjaya menghasilkan suatu nukilan yang sangat hebat.
TAHNIAH!!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
0 comments:
Post a Comment