Assalammualaikum semua,
Selamat hari Selasa kepada kawan-kawan semua. diharap kalian semua sihat sejahtera hendaknya.
Hari ni saya nak bercerita pasal suatu keterangan yang saya baca di laman Facebook pagi ni yang telah dikongsikan bersama oleh Puan Suraya Daud. Dimana keterangan beliau berbunyi begini....
"BROOCH BERJUNTAI BAWAH DAGU TU, ‘TOK SAH’ LA PAKAI YA……"
Aduhai muslimat….janganlah ‘tersalah’ menggayakan aksesori setiap kali berpakaian keluar rumah. Banyak ketikanya, walau pakaian kita itu sudah ‘OK’ mengikut skema yang agama suruh…namun, ada lagi ruang kesalahan yang masih ‘tak sengaja’ kita buat. Kalau dah begini…usaha tutup aurat kita tu macam ‘disqualified’ secara automatik. Rugilah kalau gini…….
Sebagai ingatan pada diri sendiri, capailah kitab tafsir yang terdekat sekarang.....cari surah An-Nur, ayat ke-31. Kat situ ada peringatan yang Allah beri tentang 'adab diri' dan cara berpakaian untuk hamba-NYA, dari golongan wanita…BANYAK PANDUAN kita boleh dapat dari ayat tu. Antara yang utama, pakaian itu bukan sahaja perlu menutup aurat..malah kena tambah satu lagi syaratnya….iaitu, ciri PERHIASAN pada pakaian kita.
“Janganlah mereka menampakkan PERHIASAN, kecuali yang biasa nampak padanya…” (Surah An-Nur, 31).
Hmmmm….kalau menurut tafsir Al-Qurtubi dalam kitabnya ‘Rawai ‘ul Bayan Tafsir Ayatul Ahkam’, PERHIASAN ni ada dua bahagian. Pertama, perhiasan kejadian semulajadi, iaitu muka, kedua tapak tangan dan kecantikan asal. Manakala, keduanya adalah perhiasan yang diusahakan. Iaitu fesyen pakaian yang dibuat pelbagai ragam, brooch, cincin, gelang kaki, kalung labuh, celak mata, minyak wangi, inai jari dan sebagainya. Jenis perhiasan yang ke-2 inilah yang dilarang agama…dan diklasifikasikan sebagai ‘yang sengaja ditambah-tambah oleh kita’….
Errrr…..kalau dah macam ni, kita semua (muslimat) kena lebih peka dengan fungsi aksesori yang dipakai. Tak kiralah apa jenis sekali pun…pastikan ia bukan untuk menjadikan kita ni….TUMPUAN MATA MEMANDANG. Contoh mudah di sekitar kita hari ini…
(a) Mengapalah dipakai brooch berjuntai (dangling brooch) di bawah dagu itu kalau memang dah tahu bahawa bahagian dada kita itu perlu ‘dikaburkan’….bukannya untuk ‘di-highlight-kan’.
(b) Segan sebenarnya kalau kita ‘benar-benar’ tenung diri lama sikit dalam cermin tiap kali memakai rantai labuh/kalung yang berjuntai keluar dari tudung. Apa tidaknya….hujungnya (‘pendant’ yang penuh berbatu permata) itu kan berakhir di bahagian lurah dada. Tak pasal pula banyak mata lelaki yang tersinggah di kawasan RED SPOT kita tu. Eeeisssh! Kalau kita tu guru….boleh ke ‘tak marah’ bila pelajar lelaki tingkatan 4/5 asyik terpandang-pandang kat situ?
(c) Tiap kali pakai brooch di dada (atas tudung), janganlah letak diatas tempat yang ‘segar’ itu…naikkan sikit kedudukannya ke atas….dekat tulang selangka. Pemakaian name-tag pun kena kira-kira juga lokasinya… (jangan tersalah letak di bahagian yang ‘tertinggi’ itu, tergoyang-goyang bila kita melangkah). jujur saya katakan bahawa ianya...SANGAT KURANG MANIS(cubalah tengok dalam cermin sekarang…kalau belum dapat imagine)
(d) janganlah kita 'terbawa-bawa' dengan fesyen tudung yang banyak dalam pasaran kini. semuanya tu CANTIK DAN LAWA SANGAT!. hinggakan....tak nampak 'cantik asli' yang ada pada diri si pemakainya. tenggelam segalanya....dari jauh lagi dah nampak pelbagai warna...corak yang sangat ketara....style yang 'pelik-pelik' pun ada juga. Sabarlah....jangan 'terbeli' dengan mainan pereka fesyen tudung yang niat asalnya semata-mata untuk tambah jualan tudung masing-masing. macam-macam inovasi dibuat....ditambah batu berkilat di dada tudung pun kita sangggup pakai? tak ke macam kita 'bubuh make-up' di dada agar ia tampil lebih cantik......? atau pun....bukankah payah kita nak tampil 'Tawaduk' dan menghormati ZIARAH KEMATIAN bila pakai tudung sarung terkini, design ZIG ZAG yang ada pelbagai warna atas dahi...
Muslimat yang dirahmati Allah sekelian...
Maafkanlah saya....kerana 'terpaksa' menulis semua ni…sebab ramai yang sedang buat. Sayang untuk saya biarkan....harapnya, kita boleh bersatu, berlapang dada, saling mengingati agar maruah diri semua terjaga…KITA WANITA MUSLIM.....yang Allah mahukan penampilan nampak terhormat...bukannya setakat wanita biasa-biasa yang boleh diperlecehkan orang ala ‘wanita tepi jalan’ saja....wallahhu'aklam.
P/S: Aksesori adalah untuk PELENGKAP kesempurnaan pakaian, bukan untuk DIPERAGAKAN.
WASSALAM
SD IMAGE, KUALA LUMPUR
Maka, dengan ini kawan-kawan sama-samalah kita mengambil iktibar daripada keterangan ini. Saya sebelum ini dan hingga ke hari ini memakai brooch sebegitu..tapi Alhamdulillah dan Insyaallah lepas ni akan saya tinggalkan niat saya tu. Terima Kasih Puan Suraya Daud kerana sudi berkongsi cerita beliau bersama kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak de brooch mcm tu...
kadang2 tak gune brooch pun...sarung jer tudung ni..
yelah kak ain, saya ada byk pulak tu brooch macam tu. nampaknya kenalah guna yang kecik2 aje lepas ni agar tak menampakkan hiasan dibawah leher tu.
Salam,
Boleh saja lyn, saya pun copy paste juga sebab nak berkongsi cerita kan...apa salahnya .. :)
Post a Comment