Wednesday, June 22, 2011

Signage Baru

Assalammualaikum kawan-kawan,

Selamat bersiaran... Hehhe macam menonton TV pulak.

Hari ni saya memanjat rasa kesyukuran saya kepada Allah swt kerana diberikan rezeki dan kemudahan yang amat-amat kami hargai. Di harap kawan-kawan yang lain juga begitu.

Setelah menanti selama tujuh (7) bulan semenjak tarikh penubuhannya kami (suami isteri) berasa sangat-sangat bersyukur kerana dapat akhirnya menampalkan signage pejabat kami yang selama ini kosong. Hehe.. Mesti korang peningkan ingatkan kot kot mesti kitaorang nak gantung signage besar bagak, tapu sebenarnya kecik ciput aje. Tapi inipun kami dah cukup cukup berbangga dah. Sebab nak menempahnya punyalah payah asyik menunda aje dari sehari ke sehari sampailah dah tujuh (7) bulan buka pejabat, baru nak berkesempatan buat signage ni... Hehehehe....

Alhamdulillah syukur diatas pemberianNYA.

Terima kasih pada yang mendoakan kami juga pada rakan-rakan, saudara mara dan ahli keluarga kami. Doa kalian selalu kami dambakan.






- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Aziela said...

Tahniah. Proud of you friend... Semoga akan terus maju bersama kebahagiaan hakiki..Amiinnn...

RamRamCute said...

terima kasih awak...awak pun sama... :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...