Monday, April 02, 2012

Sambutan Majlis Harijadi "Kejutan" En Habi


Assalammualaikum semua,






             







Pagi Isnin yang sedikit stress dengan keadaan jalanraya yang sesak dan hujan di pagi hari. Terpaksa meredah kesesakan yang tahap gaban akibat terowong SMART yang tutup.....tidakkkk!!


Kawan kawan pulak macam mana pagi ni?? Menghadapi situasi yang sama juga seperti saya ke?


Baru-baru ni saya dan anak anak membuat sambutan majlis harijadi kejutan untuk En Habi (in advance) sebabnya hari minggu lepas ni kesemua ahli keluarga En Habi ada dan berkelapangan.

Seronok melihat wajah beliau yang hepi dan ceria melihat kehadiran ahli keluarga yang dia sendiri tidak sangka sangka akan kehadiran mereka.



     

But before that saya yang eksaited terlebih ini pun seronok membeli barang kelengkapan yang perlu untuk majlis makan malam nanti esoknya dengan membeli hadiah dan barang barang surprise untuk majlis En Habi.


Alhamdulillah semuanya berjalan.dengan lancar dan ucapan TERIMA KASIH saya ucapkan pada kawan kawan yang sudi membantu saya since hari Jumaat membantu packing dan menghias hadiah En Habi dan pada ahli keluarga mertua yang sporting membantu saya untuk membuat kejutan pada hari Sabtu lalu.


Semoga ALLAH swt membalas budi dan jasa kalian.


Apa apa pun, tak sah kalau tak ada gambar kan? Layan ajelah ye....

                                                 



Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

aReLaN said...

hepi bday to him.moga sentiasa ceria dan bahagia sentiasa

MAY said...

hepi besday to him..hehe..


sy pun klu dpt seprais pati mcm tu mesti seronok..beronok-ronok..;p

RamRamCute said...

@aReLaN
Terima kasih Arelan...semoga awak berbahagia selalu ye :0

RamRamCute said...

@CIK MAY

Betul tu Cik May nak nak disambut bersama degnan orang tersayang kan...Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...