Friday, June 10, 2011

Apabila Novel Di Adaptasi Ke Sebuah Filem - Ombak Rindu



YEAY!!! Tak sabar rasanya bila saya dengar yang novel dari novelis terkenal Fauziah Ashari iaitu Ombak Rindu kini telah difilemkan dan ianya akan ditayangkan pada tahun ini (tapi tak tau bulan berapa). Yang penting saya terlalu suka akan cerita ni...

Barisan para pelakonnya erm...NOT BAD!! dan yang pasti heronya pun adalah hero idaman malaya (kot) iaitu Seth Tan (Aaron Aziz), Maya Karin, Lisa Surihani dan banyak lagi.

So, apa lagi kawan-kawan. Bagi yang meminati siri novel-novel cinta dari Fauziah Ashari jangan lupa nantikan kemunculan filem ini.

Filem arahan Osman Ali ini diadaptasikan daripada novel popular Ombak Rindu yang turut menggunakan judul yang sama untuk filem .

SUKA SUKA SUKA.....

7 comments:

Aziela said...

abehlaaa....jadik hantu novel semula la gamaknya kita nie...

RamRamCute said...

hehehe..jadik hantu novel takpe lagi wak..jangan terus angau lupa semua sudah le...asyik duk ingat hero tu aje..(itu saya ler tu) :s

sekadar satu coretan said...

pernah bace buku ni...mmg best citer dia...

Lavender Lady said...

Nak tengok sangat2 mivie ni... novelnya sampai 3 kali sya baca... tak sabar la...

RamRamCute said...

ainnoraini dan lavender lady, memang betul saya pun baca buku cerita ni dah berkali-kali. tak jemu membaca sebab jalan ceritanya memang best. Uol dah baca sambungan cerita tu juga dalam Cinta Tiada Akhirnya? Izzah kena culik la pulak..

Lavender Lady said...

ah'ha... dah baca sambungannya tu... kalau tak silap novel kedua tu bukan terbitan alaf21 kan?... production fauziah ashari sendiri kan?... intens media... movie ni ceta utk 1 novel je ke? atau kedua2nya sekali?... :D

RamRamCute said...

Lavender lady: betul tu terbitan intens media pulak. ada lagi satu novel sambungannya (final) Rindu Cintaku - kali ni izzah dan hariz bercerai la pulak..alahai tp saya tengah cari novel tu sekarang ni.

kalau pasal movie ni memang saya tak berapa pasti, yang rasa2nya betul hanya cerita Ombak Rindu sahaja. Allahualam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...