Tuesday, April 17, 2012

6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri



Assalammualaikum....

Berminat dengan entri yang saya baca dari sesi blogwalking baru-baru ini....antara hasilnya yang ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai entri di atas itu yang berbunyi....

"6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri"

Membaca entri ni aje dah rasa terkujat dan terkejut apatah nak membacanya hingga akhir, kerana kita manusia dan wanita yang hidup dalam dunia yang penuh pembangunan dan kemudahan teknologi yang sungguh canggih kadangkala terleka dan lalai hingga mampu mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka kita seharusnya mengamalkan serta sentiasa beringat akan perkara-perkara yang sentiasa dilarang dan dibenarkan di dalam Islam.

Saya bukanlah isteri yang terbaik untuk suami tetapi Insyaallah saya akan mencuba memperbaiki segala kelemahan serta kekurangan di dalam diri saya serta mencari serta menimba ilmu dan bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta saling mengingatkan saya.


1. Al-Anaanah:


Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

8 comments:

charmyiex said...

hehe..betul2 semua tu..lelaki mmg pandai pilih calon bini biasanyer...kalo yg seksi meksi, easy - touch - n - go tu, dia buat usung ke hulu hilir jer...tp lelaki pon reti, xkan nk bwk pompan camtuh jumpa mak nk wat bini..mesti nak yg baik2, lmbut2, sopan2, bonus pd yg bertudung...lelaki, nak baik2 saje, tp sblm tu, dia dah puas raba ,peluk, cium, pompan lain..

apa pun, jodoh tu rahsia Allah, jodoh tu cermin dan pelengkap diri kita..yer dak??

Aziela said...

Semoga kita semua tak tergolong dalam mana2 golongan ini.. Na'uzubillah...

Unknown said...

semoga saya dijauhkan.
diharap sy bersabar dan menerima bakal suami seadanya.hehe

rencah kehidupan said...

Kenyataan yang benar ni...

Pka Rahim said...

hi.. jom join segmen pka nak..??

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html

terima kasih :)

Anonymous said...

entry yg bagus..
semoga kita x termasuk dlm golongan ini ya..

Anonymous said...

Salam...kna btulkan sikit statement ini..rsanya tajuk ni blh dipkai kut...6 sifat isteri yang x layak dipanggil isteri.....

sbb klu guna statement yg diberi penulis tu rsanya x kna sbb kita x tau lagi prangai calon isteri jka sseorang wanita itu blum jd isteri kta....btul x.

Unknown said...

thanks for the sharing. hope kita semua tak tergolong dlm golongan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...