Thursday, June 28, 2012

BIG HEADED


Assalammualaikum...

a.k.a BESAR KEPALA!!

Peribahasa ada mengatakan "MALU BERTANYA, SESAT JALAN", "RAJIN BERTANYA LUAS PANDANGAN"

Kalau dah memang dasar keras kepala dan suka-suka hati membesarkan kepala sampaikan apabila kita suruh dan mengarahkan untuk membuat sesuatu yang boleh dikatakan "bukan selalu" tetapi ianya suatu TUNTUTAN KERJA tapi ada aje nak membantah dan ada saja alasan dan attitude yang diberikan.  Sikap suka membantah ni semakin hari semakin menjadi-jadi apabila segala kemahuan dan perangai yang ditunjukkan tidak sudah-sudah hingga menaikkan angin dan memualkan saya.

Berkerja dengan sikap nak TUNJUK PANDAI tu tak mengapa lagilah kerana saya memang suka orang yang reti dan mengetahui semua perkara mengenai pengurusan pejabat tetapi kalau sekadar nak tunjuk pandai tapi prestasi dan mutu kerja masih di tahap itu atau dalam erti kata lain MERUDUM dengan setiap kali buat gaji pekerja salah dan sistem filing belum teratur itu bukan PANDAI namanya tetapi umpama memBODOHkan DIRI SENDIRI.

Selama ini segala kemahuan segala kehendak diturutkan dengna tiada persoalan tetapi apabila kita meminta mereka commit dengan tugas serta lebih bertanggungjawab umpama AMAT SUKAR untuk mereka turuti.

Apa lagi yang dimahukan dengan kadar gaji yang diberi memang cukup-cukup memuaskan hati tanpa mengira samaada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan takat bekerja disyarikat kecil nak demand gaji tinggi menggunung sedangkan mutu kerja serta produktiviti yang diberikan "ALA KADAR" rasanya tak perlu lagi nak mempertikaikan semua itu.  

Persoalannya "NAK KERJA KE TAK NAK??"  Kalau tak berminat dengan kerja dan tugasan serta arahan yang diberi...maka tak perlu fikir panjang ANGKAT KAKI DAN JALAN ajelah...berlambak-lambak calon diluar sana yang mempunyai kelayakan serta pengalaman kerja yang bagus menanti.  Tetapi disebabkan rasa ingin membantu kami memberikan kerja kepada mereka umpama "DAH BAGI BETIS NAK PEHA". Buat kerja membuta tuli tanpa berfikir dan belajar apa tugas yang secara basic WAJIB yang dilakukan pada setiap bulan tetapi arahan dan tunjuk ajar tidak pernah lekang diberikan dengan alasan mereka tak berapa MASTER dan MENGHAYATI tugasan yang diberikan.  Rasanya tak susah pun kerja kerana ianya bukan selalu selebihnya masa banyak dihabiskan dengan melayari laman sosial dan berchatting, mengumpat dan membuat perkara peribadi lain.  TAK MARAH kalau segala kerja dan tugasan yang diberikan telah dilangsaikan asalkan segala yang diminta dapat diberikan ON TIME...tapi ini tidak, bila kita mintak dan tanya mereka memberikan alasan TERLUPA dan paling tidak buat muka seposen aje...dah bertahun buat kerja tanya borang itu ini pun tak tahu.

Susah dan payah nak berurusan dengan manusia yang perasan diri bagus dan besar kepala ni....

11 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

huhu telan air liur bca entry akak ni.. hehe sbr kak.. sbr..:)

Izwa Kamaruddin said...

kene bersabar biler berdepan dgn org mcm nie..

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::

memang banyak bersabar dah Izwa..tu yang sampai besar kepala dan semakin galak mempertikaikan orang..umpama diri dia aje yang bagus dan perfect.

RamRamCute said...

@CINTA UNTUK KITA

hihihi...bukan macam tu..kita tahu dan sedar ditahap mana kita. Adalah lebih baik tidak mempersoalkan serta mempertikaikan orang lain. Bila ada yg sudi memberikan pendapat dan cadangan terima dengan hati yang terbuka...

Unknown said...

sabar ye... (T___T) tu je yang mampu taipkan... moga Allah permudahkan uusan kita... amin (^___^)

Unknown said...

sudah biasa jumpa dgn org sedemikian rupa...

- AZIE - said...

ish..xtau boleh bersabar atau x kalo berdepan dgn org mcm nie

maszull said...

assalamualaikum Rahmah....yer betul tu memang susah nak berurusan dgn org2 yg besar kepala dan perasan diri bagus...:)

Kancil 8349 said...

kena tahan hati je

fizafantagiro said...

gulp .. hihi takutt akak tgh marah .. :p

sabar ye kak , mmg menyakitkan hati bila berdepan dgn situasi akak nih ..

bicara mak dara said...

banyakkan bersabar ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...