Friday, June 29, 2012

Kaki Novelku.....



Assalammualaikum....



Menyinggah ke MPH Alamanda, Putrajaya baru-baru ni dan hati terpikat dan tertarik dengan tajuk novel terbaru ini yang saya rasakan bagus dan menarik.  Siri pembacaan belum mula dan jauh sekali nak khatam tapi kalau tengok dari kulit muka bukunya memang tak berapa menarik tetapi isi atau intipatinya memang rasanya menarik pembacaan saya.  



"HATIMU MILIKKU"

Seindah nama buku tersebut hasil nukilan Eliza AB.  Memang harus dan perlu dimiliki bagi sesetengah penggemar pembaca novel cinta.

Sinopsis:-

“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.

“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.

“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

Harga: RM36.00

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sweet je ayat last tuh!

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::
tiap kali baca novel macam ni..akak mesti 'TER' angau sekejap...huhuhu itulah kelemahan membaca novel ni :)

Unknown said...

klu bace novel, mmg akn rase mcm kite watak dlm novel tu kan :)

bicara mak dara said...

wahhhh menarik novel ni.. ;)

Pn Ayu said...

wowww..cam menarik jew :)

nazayiena said...

Menghayati watak le tu klu spi 'TER' anggau sekejap tu....

Aziela said...

Saya memang nakk sangat buku nie...

mama aleen said...

selalu suka RAM aje.. :)

maszull said...

assalamualaikum Rahmah...menarik nyer ayat2 nyer so sweet...:)

Fiza Rahman said...

Macam best jer.

Myalycia said...

mcm best jer novel ni.. kt dah lama xbaca novel huhu..

Asyiqin Haulisah said...

mesti tebal ek novel ni. boleh jugak cari ni. *walhal haritu beli kat pesta buku tak habis hadam lg.

RamRamCute said...

@Asyiqin Haulisah

Meamng tebal sokmo dik..berjinggut nak tunggu khatam..hihihi tambah orang mcm akak yang membaca ikut sedap bila kelapangan erm...alamatlah bila nak setel.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...