Assalammualaikum.....
ORIGAMI.....EH!! POLIGAMI
Mekacih Gugel |
Nak kahwin 2,3 malah 4 pun memanglah sentiasa boleh dan di benarkan dalam islam tetapi persoalannya MAMPUkah mereka untuk berlaku adil dengan isteri-isteri mereka.
Tidakkah mereka rasa jika kasih dan sayang yang dicurahkan kepada isteri yang mana ada yagn terlebih dan terkurang itu dah dikira berdosa dan jika isteri yang lelain berkecil hati maka berdosa jugalah kita. Memang senang dan seronok bagi lelaki nak berPOLIGAMI tetapi ADILkah mereka nanti melayan karenah ister-osteri mereka.
Persoalannya juga mampukan golongan HAWA seperti kita ini menerima hakikat akan kehadiran seorang wanita lain yagn bernama MADU di dalam kehidupan mereka? Sanggupkah mereka berkongsi kasih dan batin mereka dengan orang lain?
Kalau ditanya kepada rata-rata kaum wanita ada yang tidak bersetuju akan konsep poligami dan sejumlah kecil juga yang bersetuju kaum lelaki melunaskan impian dan harapan mereka untuk beristeri lebih dari satu.
Akan TETAPI beberapa faktor telah diambil kira bagi mereka iaitu antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.
Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Kesimpulannya, jika semua lelaki atau wanita sedar akan hakikat sebenar sesebuah pernikahan, InsyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
12 comments:
jarang jumpe yg mampu adil..
Betul tu semuanya terletak pd niat,jika poligami semata2 tuntutan nafsu memang x akan berjaya poligaminya.....
klu nk berpoligami pun kene tgk kemampuan kewangan jugak rasenye...setakat mampu tang nafsu je...mmg cari pasal la jwbnye kan..
ku x mampu nak poligami..mintak simpang uolsss...hikhikhikk...
Masalahnya, lelaki2 tu, bolehker fikir macam nie..?
Masalahnya, lelaki2 tu, bolehker fikir macam nie..?
Masalahnya, lelaki2 tu, bolehker fikir macam nie..?
ustaz ade cakap. kalau nak poligami, kene pastikan adil. sampai kalau isteri pertama dapat kain rm130. isteri yang lain pun kene dapat kain dengan harga yang same. tidak boleh beza walaupun seringgit.
kalau pikir logik betul la. kalau tak, isteri pertama dapat kain mahal, isteri ke dua dapat kain murah. nanti orang2 perbandingkan. xpun wujud sikap dengki sesama mereka.
maaflah pengomen tak kawin lagi kak :(
assalamualaikum Rahmah...betul tu kena ada sikap adil baru boleh berpoligami jika x ada x payah lah nak berpoligami nanti menyusahkan semua pihak...:)
sukar nak jumpa yg adil dan mampu...
walaupun sy tak kawin lagi...dan minta dijauhkan...
perkara ni terjadi pd saudara sy...
kesannya... byk pihak yg terkena tempiasnya... lebih byk buruk dr baiknya... ;'(
ramai lelaki pk pakai kepala lutut jer....masa nak semua ok masa x nak dicampak merata2.....
ser0n0k kEw hid0p beep0ligami???
Post a Comment