Tuesday, June 05, 2012

Kalaulah Saya Dapat Tangan Macam Dorang.....



Senang dan mudah aje nampak mereka-mereka ini memasak.  Salute pada mereka-mereka ini yang cara penyampaian dan gaya masakan mereka ringkas dan menarik cuma hanya main "campak-campak" aje tetapi mampu menaikkan rasa dan kekecuran liur apabila melihat presentasi makanan mereka-mereka ini.

Gambar Hiasan - Google

"Mereka-mereka" yang saya maksudkan ialah "Tukang Masak Professional" yang sentiasa menampilkan dan memperagakan (macam baju pulak) menu masakan yang sungguh menarik dan terancang hingga mampu membuatkan orang yang melihat terliur menitik-nitik.

Bukan hanya presentasi kena menarik malahan gambaran yang dipaparkan perlu juga menaikkan rasa dan selera orang yang melihatnya seperti saya.   Saya bukanlah seorang yang suka memasak tetapi saya suka melihat cara-cara orang memasak serta berziarah berkunjung ke blog-blog masakan daripada tukang masak professional ini.

Chocolate Cheesecake by Nigella - Google
Kini begitu ramai blogger masakan di Malaysia ini yang semakin famous antaranya blogger Tiffin Biru, 1001 Resepi, Masam Manis, Dari Dapur MadihaA, Dunia Dari Dapur Kak Jee dan sebagainya lah.  Malahan resepi-resepi mereka juga boleh dikatakan superb dan boleh dibandingkan dengan Chef masakan professional yagn namanya gah dan glamour di saluran 703 Astro Asian Food Channel (AFC) antaranya Chef Wan, Nigella Lawson, Laura Calder, Anna Olson, Jamie Oliver, Bruce Lim, Giada De Laurentiis, Kylie Kwong, Emmanuel Stroobant, Martin Yan dan sebagainya.



Google

Nak cerita panjang lebar pasal masakan ni saya pun tak reti sangat tapi yang pasti ramai di luar sana yang mengenali mereka-mereka ini.  Tak percaya boleh lihat dan terjah sendiri akan kehebatan blogger-blogger masakan ini...

7 comments:

Mrs Lurve said...

alahai kan kak, mesti best kalo dpt tgn mcm diorg kan..campak itu ini trus jadi..memg ch 703 tue peberet, tp skrg nie suka ch 706, nek pinau tiap masa rancangan memasak

diana said...

memasak pun kena bakat jugak..kan.//

Nazayiena said...

Kita nie jadi tukang masak pro.kat rumah ajelah,memasak juga kena ada bakat dan rajin....

Aziela said...

Saya nie, ikut resepi pun hancor, main campak jer, lagiilah ke laut...

fizafantagirO said...

waaa kak , fiza pun nak terer masak cam dorang .. hihihi

keli menari said...

Masak perot sendiri pon kelam kabut.Ni masak untuk orang.Haha

Suhami Ahmad said...

atok pun nak ikutkan suka memasak...tapi maso sentiasa mencemburui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...