Friday, June 15, 2012

Bukan Senang Nak Senang


Nak mencari harta kekayaan di dunia ni tak susah, dengan berkat kesabaran dan kegigihan bekerja dan sentiasa mendekatkan diri pada yang Esa usaha kita tidak akan sia-sia.

Kebanyakkan kita lihat rata-rata orang mengatakan yang hidup di dalam kota metropolitan Kuala Lumpur ni memang penuh dugaan dan cabaran.  Kos kehidupan yang begitu tinggi mendorong sesetengah remaja, wanita tidak kira bangsa dan agama sanggup membuat dan melakukan pelbagai jenis perkara dan pekerjaan yang dilarang di dalam agama untuk menampung kos kehidupan mereka.

Pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang begitu banyak hingga melekakan dan menggalakkan keruntuhan akhlak anak muda sekarang begitu berleluasa.

Tahukah kita antara dalam sedar dan tidak bahawa di dalam kehidupan hiruk pikuk kota yang penuh cabaran terdapat insan-insan (gadis/wanita) islam yang bekerja dan hidup di dalam dunia yang penuh berlandaskan dengan dugaan dan nafsu bagi menyara kehidupan mereka.

Tidak perlu bagi kita memandang hina kepada mereka kerana mungkin dengan tuntutan kehidupan semasa dan persekitaran menyebabkan mereka tergolong di dalam kehidupan begini, kerana sememangnya bukan inilah impian dan cita-cita yang mereka impikan kerana ada sesetengahnya tertipu dan termakan dengan janji manis dari kekasih, suami ataupun rakan kenalan yang menjanjikan kehidupan seperti bulan dan bintang dilangit maka mengundang mereka ke kehidupan sebegini.

Kehidupan mewah dan gaji yang tinggi tidak semestinya mengembira dan memuaskan hati mereka kerana naluri kecil mereka adakalanya meronta utnuk terus melepaskan diri dari cengkaman nafsu dan dosa yang mereka sendiri tidak mahu lakukan.

Bimbingan agama, kasih sayang serta panduan perlu diterapkan dalam diri kita dan anak-anak sedari kecil untuk kita mengelak dan membenteras akan kejadian yang tidak diingini seperti ini dari berlaku.

1 comments:

alin said...

ya... saya rela hidup bersederhana asalkan bahagia.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...