Tuesday, June 05, 2012

Kuasa Membeli ONLINE....


Assalammualaikum....


Specially Dedicated to a Shopaholic Person - Gugel

TAK SALAH BERSHOPPING!! TETAPI.......

Kesan daripada teknologi canggih kini, maka semakin ramai rakyat Malaysia yang terlalu taksub membeli belah dan bershopping secara online di Internet hingga sanggup mengenepikan keburukan serta impak dari pembelian secara online itu.

Memang adakalanya peniaga-peniaga online ini begitu berhemah dan jujur menjual barangan mereka kepada pelanggan, tetapi ada juga yang suka mengambil kesempatan diatas ketaksuban pembeli apabila mereka menawarkan barangan tersebut dengan harga murah dan memaparkan gambar-gambar barangan jualan mereka bukan dari exact figure (barangan sebenar) tetapi hanyalah fake material (tidak sama) seperti contoh beg tangan, jam, barangan perhiasan, alatan komunikasi (gadget) dan sebagainya.

Seringkali kita dengar pembeli tertipu dengan taktik kotor peniaga online ini apabila mereka memaparkan gambar ORI tetapi apabila kita (pembeli) mendapat barangan tersebut tidak seperti apa yang dipaparkan sebelum ini.  FRUST bukan?  Ada setengah pembeli itu menerima kotak bungkusan komputer riba yang dibeli melalui online dan hasilnya beliau mendapat kotak berisi "Batu Lesung" di dalamnya.  Duit lebur hilang kemana, nak mengadu pada KONSUMER tetapi apa boleh buat "nasi sudah menjadi bubur" segala maklumat mengenai penjual adalah tipu dan sementara sahaja.

Kuasa membeli rakyat Malaysia memang agak besar dan tidak dapat dibendung.  Adalah di nasihatkan agar segala pembelian dibuat secara terus iaitu di depan mata agar barangan yang kita perolehi itu amat memuaskan hati dan tidak mendatangkan kemarahan bagi kita (pembeli) di kemudian hari.

Elakkan dari membuat keputusan pembelian secara ONLINE dengan terburu-buru, selidikilah maklumat lengkap peniaga, alamat perniagaan dan nombor telefon berdaftar mereka serta pastikan laman web yang dilawati itu dikenali dan seringkali semak maklumbalas dari pembeli akan proses pembelian yang dilakukan sebelum-sebelum ini.

INGAT JANGAN TERTIPU!!




4 comments:

mrspuex said...

owhh...mlm td saya telah terbeli sumting secara online..but dont worry..dah sevey dulu dah thru my fren yg penah beli..tgh sabar menanti brg sampai jek..

tula ..tangan ni gatal jek nak membeli..ni pon tgh belek2 utk sevey brg2 bby secara online..tilam kekabu, barut dan sewaktu dengannya..huhu..

satu hape brg pon blom beli lgik..aduh duh...:D

Saya Disini said...

berhati hati

*Mrsfarahzaki * said...

farah pun kaki sopin online gak..tapi alhamdulillah so far ok lg la..tak penah terkena ag..lg satu kebiasaan farah bila nak beli jer trus google guna keyword blogshop tu then tulis perkataan tipu blkg dia sebab kengkadang kalau ada yang terkena tipu dia akan menulis then kita akan dpt tau..

nazayiena said...

Setakat nie x berapa suka shopping online nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...