Bersedekah dan berbuat amal jariah di bulan mulia ini memang amat dinanti-nantikan oleh semua...
Pada mereka yang berkemampuan apa salahnya jika membantu sedikit bebanan adik-adik comel dan manis ini dengan mengembirakan hati mereka untuk turut sama bergembira di hari yang mulia di tahun ini.
Tak susah hanya dengan menyertai Projek Iqra' Dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013 anda dapat menyalurkan bantuan kepada mereka.
Di hari jumaat pertama Ramadhan penuh barakah ini, hari terbaik untuk menyalurkan ibadah sedekah anda. Bukan nilai yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan dan tanggungjawab kita sebagai umat Muhammad s.a.w. Sokong
#shoppingraya2013 dengan menaja seorang anak yatim sekarang. Jangan lepaskan peluang ini.
Selain itu program tersebut boleh dilayari secara terus di laman
FACEBOOK juga.
Untuk makluman anda, Projek Iqra’ menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.
Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU. Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan.
Rumah yang akan terlibat tahun ini ialah:
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)
|
Comel anak-anak ni... |
Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.
Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam dibawah.
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.
Tuan/puan yang berhajat untuk menaja sudah boleh menyatakan bilangan anak yang hendak ditaja dengan reply dibawah ini atau email ke info@projekiqra.com
Untuk menaja, sila isikan borang yand telah disediakan dengan lengkap untuk membolehkan kami menghantar resit rasmi kepada anda. Resit ini bukan untuk tujuan pemotongan cukai, sebaliknya ia resit rasmi tanda menerima sumbangan tuan/puan. Resit dan booklet program akan di pos pada pertengahan Julai 2013.
Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan anda ke:
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
PERINGATAN: Adalah mustahak untuk anda memberikan bukti transaksi melalui mana-mana cara yang telah diterangkan diatas dan dibawah supaya kami dapat trace setiap transaksi yang masuk bagi mengelakkan kesilapan.
Sebarang maklumat lanjut anda bolehlah layari
SINI
Kredit kepada blogger
Fiza dan
Kujie.... (Terima Kasih!! Saya perpanjangkan pesanan ini....)