Assalammualaikum....
Sumber dari Google |
Walaupun dah nak masuk beranak 4, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu agak berlainan dari yang lepas-lepas, bagi para ibu yang bakal melahirkan pasti berasa sangat teruja dan excited nak menunggu akan ketibaan hari tersebut termasuklah saya.
Apabila hati sudah teruja di campur dengan kecelaruan ingin bersalin maka banyak perkara yang perlu dan harus dilakukan sebelum harinya tiba..yelah mana nak tau kalau tetiba di pejabat terasa contraction nak bersalin mau tidak rasa cuak dan ketakutan...sebaiknya masuk ke minggu 36 keatas tu dah bolehlah packing-packing barang keperluan yang perlu dan harus ada apabila kita berada di hospital nanti. Nak harapkan pasangan membuat perkara tersebut PASTI ada saja yang tertinggal nanti dan tidak mencukupi..maka rancanglah seawal-awalnya ya.
Berikut adalah tips-tips serta barangan yang perlu di bawa untuk ke hospital apabila tiba waktu untuk melahirkan antaranya :-
- Kad mengandung, IC, GL
- Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan dan kaki baby, selimut
- Lampin sekurangnya 2 helai
- Kain tuala
- Wet tissue
- Tisu kotak
- Air selusuh, Air Zam Zam atau mineral water (jika perlu aje kerana ada sesetengah doktor tidak menggalakkan kita mengambilnya)
- Pad
- Baju dan kain sarung sekurangnya 2 helai
- Selipar Jepun
- Hanky untuk baby (sapu tangan)
- Gelas atau cawan nak minum air (jika perlu..biasanya dah ada disediakan)
- Plastik sampah (nak letak baju kotor)
- Stokin untuk mommy
- Pampers 5 keping
- Bantal baby atau kain sarung yang dilipat untuk alas kepala baby serta topi baby..
Insyaallah...
Semuanya dengan izin Allah. Saya selalu diingatkan apabila kita susah untuk bersalin dan tiba sakitnya hanya Allah aje yang tahu. Sang ibu perlu kuatkan semangat kerana sememangnya kita sedang menyabung nyawa untuk melahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…
Ingatlah bahawa apabila seseorang wanita itu sudah mula merasakan kesakitan untuk bersalin maka Allah sedang mengampunkan dosa-dosanya…Banyakkanlah membaca doa dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T dan yang paling penting doa dari suami dan ibu-ibu kita juga.
10 comments:
semoga semuanya berjalan lancar kak..
excited plak baca..moga semenya selamat utk akak dan baby
Bestnyaa....
@Rai Ourkizuna Terima kasih Rai... awak pun jaga diri dan kandungan ye :-)
@Mrs Lurve
Terima kasih Mrs Lurve :-)
@Aziela
hihihi...berdebar2 ni wak!
Semoga dipermudahkan segalanya.. =)
bestnya..teringin sgt nak rasa pengalaman jadi ibu..semoga semuanya selamat ye kak
Terima kasih Misz Mieza
Tq shahzee...insyaallah lps ni rezeki awak pula
Post a Comment