Tuesday, September 25, 2012

Suami Orang Dedulu Dengan Suami Kita Zaman Sekarang


Assalammualaikum...

Hehehe...suka dengan topik entri ni...bukan nak kondem dan mengata kaum adam ni tetapi adakalanya making sense jugaklah.  Tetapi walau siapa pun mereka di sisi kita mereka tetap menjadi ketua keluarga dan pembimbing untuk kita dan anak-anak dalam melayari hal ehwal rumahtangga.

Gugel
Ciri-ciri suami yang kita dambakan dan kalau tak banyak tersemat dalam diri mereka ni paling koman sikit pun jadilah kan...antaranya:-


  • Dulu suka buat-buat lupa terutamanya tarikh pernikahan, tarikh hari lahir, tarikh kelahiran anak pertama dan semualah yang berkaitan dengan mereka.  Tapi sekarang ni adalah sikit nak ingatnya..tapi kalau tak ingat langsung memang KAUDU la..hikhikhik
  • Masalah romantik- dedulu semua suami menggunakan kuasa veto mereka, TEGAS sebagai ketua keluarga. Nak tak nak kenalah ikut aje apa kata mereka walaupun tak suka. Cuma sekarang ni kita rasa macam longgar sikitlah kerana suami kita adalah jugak mengalah dan mendengar walaupun tak semua kata-kata kita tapi adalah jugak daripada takde.
  • Bantu urus anak - kalau dedulu cuma segelintir kecil aje kaum adam yang rajin membantu isteri menguruskan hal ehwal anak-anak kerana alasan mereka adalah ketua keluarga tetapi kini mereka sama-sama membanting tulang membantu menguruskan anak-anak terutama pada mereka yang beranak kecil dan berpantang sendiri.
  • Buat kerja rumah - hanya segelintir sahaja kaum adam yang rajin dan ringan tulang membantu isteri dengan kerja-kerja harian dahulu sebabnya dahulu majoriti ramai kaum hawa yang menjadi surirumah, kini tidak lagi kerana zaman sekarang masing-masing keluar bekerja mencari rezeki dan tugasan rumah dibuat bersama-sama pasangan.


Jikalau suami kita begini atau begitu SEHARUS nyalah kita bersyukur atas segala pemberian jodoh yang telah tersurat dan tersirat oleh Allah S.W.T. dan jangan merungut dan bencikan mereka atas apa yang mereka lakukan terhadap kita. Sebaiknya kita memberikan pendapat dan nasihat sebagai seorang isteri untuk terus sama menerajui alam rumahtangga sehingga ke akhirnya.




8 comments:

Unknown said...

berdoa agar nnti dpt suami yg sgup pikul tgjwb bsame

Abil Fikri Ahmad said...

Salam...oo cm tu yea suami dulu dan sekarang..emm..

ayut said...

skrg ni klu semua isteri bt sndrik keje umah + keje mau pengsan terus..hihihi..cara hidup berubah mngikut masa :)

aindzaya said...

tambahan, suami dedulu jgn harap nak jadi mr. mama..sekarang, ilek ilek je, jadi mr mama, tatkala isteri sibuk bekerja :)


Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

NUR said...

Masa merubah segalanya.. Banyak mr mama Skang ni kan ain..

ZieMarziah said...

suami mmg kena tolong jgk sbb skang kan kebanyakan isteri bekerja..sy yg xde anak ni pun boleh pengsan wat keje sorang2 tnpa bantuan.penattt

RamRamCute said...

@Abil Fikri Ahmad hehehe..En abil lain kes..saya salute!!

Aziela said...

Saya pun salute En Abil. Terima kasih jadi contoh dalam masyarakat dan membawa fenomena baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...