Tuesday, September 25, 2012

Tak Sabar-Sabar!!


Assalammualaikum...

Tengok gambar ni pasti ada yang dah tahu akan fungsi dan ke"glameran" produk ini dalam bidang kecantikan masa kini (chewah konon)....rata-rata ramai di antara mereka yang bercerita mengenai produk ini....betul ke berkesan...Allahualam kita tengok ajelah nanti....



Kisahnya saya ni.....

Nak cantik punya hal dan disebabkan nak muka tu sama tona dan cantik macam artis yang bernama Adira AF7 tu maka saya tanpa berlengah dan mempedulikan sesiapa membelilah produk kecantikan (supplement ini) tanpa mengira akan keadaan diri yang tengah sarat nak bersalin ni...

Dengan hasrat dan niat (beli sekarang pakai dalam pantang) hehehehe...boleh macamtu?? kira nak buat stok dululah ni..macamlah produk ni akan habis dalam pasaran lagi dua bulan kan...hailah perempuan (sayalah tu) tak menyempat-nyempat nak membeli.



Bukan apa kawan-kawan disebabkan kengkawan pejabat pun ada yang membeli jadi secara tak langsung saya pun tumpanglah sekaki nak jugak tengok impak apa yang berlaku yang katanya makan 4 biji sehari (jikalau mampu) atau 2 biji sehari (kalau ekonomi) macam tu pun boleh jadi apa salahnya membeli sambil-sambil tengok kawan-kawan yang baru nak gunakan itu menggunakanya dulu dan lihat hasilnya dalam masa 3 minggu.  Tapi lain orang lain penerimaan badannya...yang penting kita tengoklah dulu ye hasilnya....

Kalau terbukti kesannya maka bermulalah operasi saya ketika berpantang nanti untuk mengejar mereka pulak lepas ni...tak gitu.

Ish ish ish....... (jangan tiru pe'el saya ye)

Pada kawan-kawan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini silalah klik di SINI dan SINI.

3 comments:

Misz Mieza said...

Memang famous produk ni.. Pernah juga terbaca pasal ni.. Kebanyakannya berpuas hati dengan keberkesanan prosuk ni.. Kira alah membeli menang memakailah.. Teringin nak cuba, tapi tak mampu.. Nanti tunggu kerja sendiri dulu baru boleh cuba.. Tak sampai hati plak nak guna duit belanja yang suami bagi.. Huhu.. For the time being ni just amik Vit C jer as skin supplement.. Alhamdulillah, baru 4 hari makan dah nampak perubahan.. =)


Oh, btw if dah cuba produk ni nanti jangan lupa share ye.. Kalau bagus nak try jugak.. =)

Rahmah Ram Ram said...

@Misz Mieza baik Misz Mieza..akan akak war-warkan hasilnya..tapi kena tunggu lepas berpantang baru nampak hasilnya..sebab sekarng tak boleh nak makan..huhuhuh..Insyaallah sis update.

Vit C pun elok tu mieza... :-)

Aziela said...

Saya tunggu perkembangan u all dulu lah...baru konpiden sket nak kecek hubby.. hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...