Assalammualaikum...
Setiap isteri tempatnya di sisi suami. Biar seburuk mana pun sikapnya dan penampilannya, dialah pasangan yang kita pilih untuk hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Oleh itu, sebolehnya kita para isteri lakukan yang terbaik buat suami tercinta.
Semestinya peringkat awal mungkin banyak perkara yang tidak menepati cita rasa, tetapi ia cuba diperbaiki dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan, kebanyakan isteri sentiasa mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diterapkan dalam keluarganya. Sama ada formal atau tidak formal, wanita-wanita yang bergelar isteri dan ibu ini tidak pernah lelah berusaha untuk menambat hati insan-insan kesayangannya.
Salah satu topik yang sering kali kita terlepas pandang dan terlepas kata kepada pasangan kita apabila sudah berumahtangga semestinya bentuk badan masing-masing yang telah berubah dan tidak mengikut figure seperti memula kita berdating dulu...
"Komen tentang berat badan pasangan"
Pasti anda pernah mengkritik berat badan pasangan anda. Kata-kata yang anda fikirkan tidak apa-apa rupa-rupanya mengguris perasaannya. Silap hari bulan boleh mencetuskan perbalahan. Ketahuilah berdiet dan melakukan senaman adalah perkara yang kurang gemar dilakukan oleh segelintir mereka terutamanya kaum lelaki. Maka tidak hairanlah apabila perut mereka buncit dan berat badan mereka bertambah.
Adakalanya kita sebagai isteri terlepas kata dengan secara tak langsung seakan mengejek mereka dan mengecilkan penampilan mereka setelah berumahtangga. Cuba bayangkan pula jika kata-kata yang sama ditujukan kepada kita kaum wanita. Apa perasaannya? Begitu jugalah dengan mereka. Maka jalan yang paling baik adalah dengan memberi nasihat ketika suami-suami kita di dalam keadaan yang tenang. Dalam masa yang sama, sediakan menu-menu sihat yang bukan dikhaskan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua ahli keluarga.
Tak susah kan....saya pun selepas bersalin ni akan mencuba sedaya yang terbaik utnuk menurunkan berat badan seperti sedia kala...tak mahulah besar dan berisi sangat susah nak bergerak dan perjalanan pun sentiasa terbatas (antara yang termasuk di dalam WISH LIST 2012 saya)
4 comments:
Insya Allah boleh turun byk berat badan tu nanti.....
insya Allah..
good luck! kena strict sungguh dalam berpantang nanti..
Alaahaii...awak selalu reduce weight banyak lepas bersalin. Ok jer nanti tu.. Insyaallah.
Post a Comment