Friday, September 21, 2012

Tanggungjawab Kita


Assalammualaikum....

Terpanggil untuk berkongsi cerita dan tips ini untuk rakan-rakan blogger yang saya kasihi semua..semoga kita semua mendapat manafaat dan kebaikan dari perkongsian ini.. Insyaallah.....

Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga
  1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  3. Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  5. Saling sayang-menyayangi.
  6. Boleh bertolak ansur.
  7. Bertanggungjawab dan amanah.
  8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  9. Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  10. Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  11.  Sentiasa senyum.

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good entry kak..

Unknown said...

suami isteri kena tahu tanggungjawab masing2...barulah aman rumah tangga :)

Unknown said...

wah..bahagia nya idup klu msg2 tau tggjwb :)

Aziela said...

Mesti tunaikan tanggungjawab masing2 di samping memupuk kasih sayang sentiasa. Realitinya, ramai yg abaikan tanggungjawab masing2.

maszull said...

assalamualaikum rahmah...besar tanggungjawab ibubapa pada anak2 ni jadi kenalah kita sebagai ibubapa menjadi tauladan yg baik pada anak2 kita...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...