Friday, September 14, 2012

Yeah!! Makan Lagi...


Assalammualaikum...

PERINGATAN!! untuk diri sendiri...




Setelah mendapat teguran daripada doktor semalam maka saya terpaksalah berdikit-dikit memakan makanan sehinggalah bersalin nanti kerana takut-takut akan mengundang penyakit yang tidak diingini...

Bayangkan ajelah semalam pergi checkup dan timbang berat badan dalam masa satu bulan sahaja saya telah BERJAYA mengumpul berat sebanyak 4 kilo...katanya puasa tapi makan dan selera semakin hari semakin bertambah-tambah.  Jadi untuk memudahkan segala-gala proses maka hendaklah saya meng ala-kadarkan diri untuk menjamah makanan.

Mana taknya bulan-bulan raya ni segala macam juadah terhidang dengan rendang, ketupat, nasi impit, kuah lodeh, kuih-muih bermentega, air manis semua saya tala...tak tolak ketepi pun..macam manalah tak "Gain Weight".

Memang selera tip top tak agak-agak...maka selepas ini kenalah berpada-pada mengontrolkan diri sendiri untuk kebaikan diri dan yang sewaktu dengannya....

p/s:  Pot Luck hari ni kenalah berpada-pada ye...jangan bedal semua...huhuhuhu

8 comments:

grOundnUt said...

Selera tengah ada tu...:D

RamRamCute said...

@grOundnUt

yelah groundnut..lepas ni baru kita kira kan...hihihi

fizafantagiro said...

makan makan makan .. hihihi fiza pun asyik makan je dalam bulan raya nih :p

Unknown said...

lps abis ry nih, kmbali ke diet asl..hihi

Izwa Kamaruddin said...

takpe rezeki tuuu!

maszull said...

assalamualaikum rahmah...betul tu kena control makan...:)

Qashmere said...

Salam Kenal..

Alhamdullilah kandungan dan ibu sihat. Biasalah musim raya memang makan yang terlebih. Hihih.

Saya suke blog ni. Cantiklah layout simple and elegent. Awak buat sendiri eh template ni? Cantik..

Nak follow lah blog ni. Nanti rerajin singgah la blog Mummy and follow back..

Take Care sis

Aziela said...

Berjaya juga awak meng ala kadarkan diri...hihihiihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...