Wednesday, October 12, 2011

Anak-Anakku Akan Berkayuh Hujung Minggu Ini

Assalammualaikum...

Nak bercerita sikit dan mewar-warkan kepada semua rakan-rakan dan bloggers di luar sana tu dan juga pada mereka yang gemarkan aktiviti berbasikal kalau anda semua FREE wiken hari Sabtu dan Ahad 15 & 16 Oktober 2011 jemputlah ke Dataran Merdeka bagi meramaikan lagi Acara OCBC Cycle Malaysia 2011 anjuran Bank OCBC.


Saya dan suami tidak melayakkan diri kali ini..atas sebab-sebab tertentu. Jadi semestinya kami menghantar wakil bagi kami berdua iaitu Abang dan Abang Ngah untuk mengambil bahagian dalam acara di bawah umur 12 tahun.

Boleh ke anak-anak saya berkayuh??

Ermm...."A Big Question Marked There". Walaupun abang agak keberatan untuk mengambil bahagian as compared to abang ngah tetapi kami dah dekat seminggu lebih kasi semangat untuk dia terus memaintainkan diri untuk meneruskan acara berkenaan. Mana taknya, pembayaran dah di buat, nama dah di daftar, barang-barang (nombor giliran, baju dan peralatan) akan di edarkan pada hari Jumaat ini, takkan lah nak tarik diri di saat-saat akhir...RIDICULOUS!! (memaksa betul mama budak-budak ni)


Apa-apa pun, KALAH atau MENANG tu lainlah cerita, Kami suami isteri pun tak mengharapkan sangat cuma saja suka-suka mengerakkan anak-anak agar mereka terus mempunyai sikap 'confident level' yang tinggi serta 'self esteem' yang jitu untuk bukan saja takat main beskal malahan untuk meneruskan hari-hari dan di masa-masa hadapan mereka. Ini tidak asyik ajelah takut dan tidak berkeyakinan...haa!! saya masukkanlah dalam pertandingan ni..geram pulak dibuatnya bila suruh angkat straw dekat depan kaunter pun malu...nak pergi toilet sorang-sorang kat belakang malu, nak suruh ambilkan air suam dekat dapur bila malam menjelang langsung takut...apatah lagi nak suruh dia pergi membeli barang makanan atau barang keperluan sendiri ambil depan mata kit ani pun susah.....hai..susah anak-anak lelaki pemalu dan penakut ni...

Untuk makluman semua juga penutupan jalan juga akan diadakan secara berperingkat, jadi pada mereka yagn balik pada hari Jumaat ini, janganlah marah dan naik hangin ye sebab jalan-jalan berikut ni memang selayaknya ditutup jika ada sebarang event atau function di sekitar Dataran Merdeka.



Keratan dari Berita Harian Online

Jalan sekitar KL ditutup Sabtu dan Ahad untuk acara basikal


2011/10/12


KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut.Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. - BERNAMA

5 comments:

Fiza Rahman said...

Good luck yer abg & abg ngah. Selamat berbasikal ☺☺

CIK PARO! said...

wah bestnye abg & abg ngah nak berkayuh..terasa nak jon mereka je..

Aziela said...

Waa...mesti seronok dia nanti kan...

RamRamCute said...

Fiza: Terima kasih

Cik Paro & Aziela: Jom sertai mereka. Pn Aziela jika berkesempatan bolehlah singgah bawak Adam tengok dekat Dataran Merdeka ni...mesti dia seronok.

suha said...

semoga berjaya (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...