Assalammualaikum semua..
Hari yang cukup serabut sikit bagi saya hari ini, kerana di waktu pagi saya tidak berkesempatan untuk menjengah ke blog kesayangan saya ini kerana dipenuhi dengan mesyuarat dan kemudian mendapat panggilan dari suami yang agak menyesakkan minda dan fikiran sebentar (mesti anda semua nak tahu kan apa berita tu?)
Di kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan bloggers yang sudi mem'follow' blog saya ini dan dalam banyak-banyak followers tu saya terpandangkan seseorang yang saya cukup-cukup tak sangka dan impikan akan kesudian beliau untuk mem'follow' kan diri ke blog saya yang tak seberapa ini...
TERIMA KASIH SEMUA!! Sila beri tunjuk ajar dan teguran ye...
Entri saya ni bukan nak cerita, menceceh tak tentu hala...tapi macam nak luahkan rasa kemarahan dan rasa ketidakpuashatian saya terhadap (layak ke dia panggil 'orang'? ke kena panggil 'malaun'?) oooppsss...terkasar sudehhh bahasaku...AMPUNN!!
Kisahnya lepas dari menghabiskan mesyuarat dengan semua ketua unit tadi saya mendapat panggilan dari En. habi yang mengatakan duit 'cash' untuk di bayar pada customer En Habi telah di cash-outkan tetapi duit berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun customer berkenaan dalam erti kata lain duit berkenaan telah 'lesap'.... ALAMAK!!! macam manalah boleh jadi macam tu?
Bila saya ajukan pertanyaan pada En Habi, katanya duit berkenaan telah diserahkan pada petugas yang bertanggungjawab untuk memasukkan duit berkenaan kedalam akaun kustomer dan kustomer sendiri mengatakan wang berkenaan tiada dimasukkan kedalam akaun beliau kerana baki yang beliau ada masih sama seperti sebelum-sebelum ini...tetapi apabila En Habi membuat panggilan untuk mendapatkan pengesahan ke atas petugas berkenaan beliau menafikan sekeras-kerasnya akan kehilangan duit tersebut sebaliknya memarahi En Habi dengan mengatakan duit berkenaan telahpun di ambil oleh En Habi dan mungkin En Habi tersalah letak dimana-mana.... (boleh macam tu? staff marah boss?)
Oh ya! petugas tersebut sekarang ini telah bercuti panjang kerana beliau telah melangsungkan perkahwinan beliau dan dalam waktu yang sama akan menamatkan perkhidmatan beliau di syarikat En Habi pada hujung minggu hadapan (resign).
Tapi yang tak berapa nak sedapnya, saya tak berapa suka cara staff En Habi ni umpama menyalahkan En. Habi kerana selama ini pengurusan duit dan pengeluaran wang syarikat akan dilakukan oleh beliau (staff) dan bukannya En Habi sendiri...apa gunanya menggajikan staff kalau semua benda kita yang kena buat ye dak? Tambahan pula tiada siapa lagi yang akan menguruskan kemasukan duit berkenaan kalau bukan 'dia' (staff).
Tak baik kalau kita menuduh menunding jari pada sesiapa...tetapi memandangkan hanya dia seorang aje yang menunaikan cek berkenaan dan diberikan tanggungjawab sepehnya untuk memasukkan duit berkenaan di dalam akaun kustomer maka selayaknya beliau HARUSLAH mengakui kesilapan yang beliau lakukan bukan melenting dan memarahi orang umpama dia tak bersalah. Dan jikalau dia tidak bersalah sekalipun dia tidak ada hak untuk melenting memarahi boss beliau.
Hailah HATI sabarkanlah DIRI ku ini...
Andai kata dia mempunyai kesempitan wang..apalah salahnya dia memohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari kami berdua atau paling tidak mengaku yang beliau telah menggunakan duit berkenaan kami tidak marah...tetapi bermati-matian menidakkan perkara yang sememangnya menjadi tanggungjawab beliau dan meletakkan kesalahan pada majikan semata-mata adalah tidak betul dan tidak wajar.
Semoga beliau kembali sedar dan mengakui akan kesalahan diri beliau.... Atau dalam kata lain semoga dia mendapat pembalasan atas apa yang dia ambil oleh yang maha ESA. Amin...(tak baik doa orang cam tu ...tapi saya geram) atau dalam ayat lain memohon agar beliau dengan baik hati memulangkan wang berkenaan pada kami berdua...BANYAK tuuu!!!
Hailah N** *D**** H**I*** semoga kau SEDAR akan keKHILAFAN yang engkau lakukan..walaupun kami tak tahu dan nampak tapi INGAT!! ALLAH itu adil dan saksama...mungkin sekarang kau buat kami berdua..ingatklah kami takkan menghukum kau...TUHAN ITU MAHA ADIL!!
BERTAUBATLAH!
Thursday, October 13, 2011
Sungguh Tidak Ku Sangka.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semoga Allah memberi kesedaran kepada dia... tak kiralah apa cara sekalipun.. Menipu, mencuri dan mengkhianati adalah besar kesalahannya.
Dia tak ingat dengan tuhan bila dia melakukan perkara sebegitu krn sekali dia dh buat maka dia akan buat berkali kali lagi
Post a Comment