Thursday, October 06, 2011

Apabila Novel Diadaptasi

Fenomena adaptasi novel ke skrin bukanlah perkara baru dalam industri seni yang kian berkembang pesat ini. Walaupun jumlahnya tidak sehebat sekarang, ia merupakan satu titik permulaan yang baik dalam perkembangan industri kreatif negara.

Bagaimanapun disebalik kerancakan pengarah dan penerbit mengadaptasi novel, timbul isu perbezaan ideologi dan interpretasi sehingga mengundang tidak puas hati penulis itu sendiri.

Apa juga ideologi mereka, ia tidak menghalang trend adaptasi novel untuk terus berkembang malahan ada yang berjaya menambat hati penonton antaranya Lagenda Budak Setan, Nora Elena dan Trilogi Cinta sekaligus mencapai rating tertinggi.

Antara novel yang telah diadaptasi antaranya :-

1) ChintaGadis Rimba (1958)
2) Rumah Itu Duniaku (1964)
3) Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) Judul Asal Memang Nasib Celaka Badan
4) Kalau Berpaut di Dahan Rapuh (1971)
5) Langit Petang (1982)
6) Ranjau Sepanjang Jalan (1983)
7) Mira Edora (1990)
8) Black Widow Wajah Ayu (1994)
9) Jogho (1997)
10) Kasih Yang Suci
11) Trilogi Cinta
12) Biar Rindu Berlalu
13) Lagenda Budak Setan

Novel Yang Bakal Di Adaptasi

1) Jauh (Aisya Sofea)
2) Adam & Hawa (Aisya Sofea)
3) Kau Untukku (Aisya Sofea)
4) Manisnya Cinta (Anis Ayuni)
5) Bayangan Rindu (Anis Ayuni)
6) Kau Yang Satu (Nia Azalea)
7) Andai Itu Takdirnya (Siti Rosmizah)
8) Ombak Rindu (Fauziah Ashari)

Bagi penggemar-penggemar novel seperti saya, jangan lepaskan peluang ini ye. . . Nantikan kemunculan cerita-cerita dari adaptasi novel ini di tayangkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

CIK PARO! said...

Macam dah xde modal je nak buat cerita baru,,
tapi best juga..

ziraziz said...

..bes jgk..tp still citer dlm novel lg bes dr yg tyng kat tv...

Rahmah Ram Ram said...

Cik Paro: yelah penerbit dengan pengarah ni dah ketandusan idea kot. . . Tapi kira oklah

ZiraAziz: betul tu zira lebih puas baca novel dari tgk drama/filem.

! AYIES ZAIMA ! said...

wahhhhhhhhhhhh bestnyeee

tak sabar nak tunggu novel yang bakal di adaptasi tu..

ilove ADAM DAN HAWAAAAA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...