Thursday, October 06, 2011

Nama Mampu Milik Tapi Mahal

Assalammualaikum. . .

Setiap pasangan yang baru berkahwin sudah tentu ingin membeli sebuah rumah yang mampu dimiliki, iaitu rumah yang sederhana dengan harga yang berpatutan.

Tetapi memandangkan harga rumah sekarang yang sudah menjangkau RM200,000 untuk rumah teres dua tingkat yang mempunyai tiga bilik. Harga rumah semakin hari semakin naik dan ada tu sesetengah tempat mencecah hingga RM500,000.

Bayangkanlah jika seorang graduan lepasan universiti itu baru bekerja dan memperolehi pendapatan gaji sebanyak RM1,600 hingga RM2,000 sebulan sudah tentulah mereka tidak mampu untuk memilikinya dengan pelbagai hutang kenderaan, hutang peribadi dan pinjaman PTPTN.

Malahan dengan kadar gaji RM3,000 kebawah pun masih dianggap sebagai miskin inikan pula jika berhasrat ingin memiliki rumah dengan kadar harga sebegitu memang agak melampau. Bayangkan 10 tahun akan datang, adakah gaji yang diperolehi ini boleh menampung akan kos kehidupan di bandar dengan kadar kenaikan harga barang yang melambung tinggi. Berapakah jumlah gaji yang perlu diperuntukkan lagi?

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa semua penduduk di Kuala Lumpur adalah penghutang dan berhutang pada institusi-institusi perbankan di Malaysia.

Malahan harga rumah mampu milik di Lembah Kelang oleh golongan muda yang baru berkahwin hanya terdapat di kawasan luar bandar seperti Saujana Utama, Puncak Alam, Shah Alam 2, Meru, Klang, Serendah, Pinggiran Subang, Semenyih dan kawasan-kawasan yang agak jauh dari bandar.

Rumah mampu milik sememangnya menjadi idaman kalangan yang baru berumahtangga. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah dengan sewajarnya mengawal harga rumah mampu milik ini supaya ianya tidak dimonopoli oleh mereka yang berkemampuan sahaja dan tidak menjadikan isu politik berkaitan perumahan rakyat.

Di harapkan agar pembentangan Belanjawan Tahun 2012 ini akan dapat membantu golongan-golongan miskin, bergaji sederhana serta menurunkan harga barangan mengikut kadar yang bersesuaian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

sekadar satu coretan said...

mmg mahal harga rumah sekarang...tapi pelik ramai jugak yg mampu beli tu..

nasib baik dah ade rumah sendiri...kalau tak puas jugak nak memikirnye harga ribu riban mcm tu...

Aziela said...

Setujuuuu!!! Itulah sebabnya, tak mampu pun di paksa juga konon2 mampu sebab dah x ada pilihan. Macam manalah nak teruskan hidup... Macam manalah nak beri kemewahan pada ibu dan bapa kalau sibuk berceking untuk masa depan...

Fiza Rahman said...

Betul tu. Rumah makin lama makin naik. Kat area bangi ni pon dah makin mahal. Setakat ni hanya mampu dok apartment jer. Belum mampu nak beli landed house lagi.

Tapi tu lah. Makin mahal pon org masih mampu beli.

RamRamCute said...

Ainnoraini, Aziela & Fiza :

Betul tu . . .Kerajaan menaikkan harga barangan dengan tidak memikirkan tentang kemampuan sesetengah rakyat. Rumah memang dah sah mahal harga barangan pun naik mendadak juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...