Monday, October 17, 2011

Apabila Assignment Anak, Emak Kena Buat...

Assalammualaikum...

Kita semua bersiaran kembali. Selamat menempuhi hari Isnin dan semoga kita semua mendapt keberkatan olehNYA.

Anak Oh Anak!!

Hai lah hati sabarkan ajelah hati saya ni. Pagi-pagi hari dah nak kena attack darah tinggi disebabkan pe'el anak-anak.

Semalam, bila ditanya ada homework ke tidak? jawabnya TAK DE!! Pantas aje jawab tanpa berlengah-lengah. Alih-alih nak pergi sekolah pagi tadi ada pulak tetiba homework terselit. Haaa....mau taknya kenalah sebijik 'laser' dari "emak Tarzannya" yang menjerit pagi-pagi kalah Jane. Bertempiaranlah burung-burung keluar bangun seawal pagi mendengar jeritanku di pagi hari ini.

Geram sungguh tak terkata saya bila melayan kerenah anak-anak ni. Selalunya tak begini tapi disebabkan hujung minggu ini kami suami isteri agak sibuk dan mereka berdua pun sibuk menghadiri acara berbasikal jadi tumpuan untuk membuat kerja sekolah tu agak kurang minggu ini, kesilapan saya juga, tapi serasanya malam tadi dan malam sebelumnya dah di ingatkan perihal kerja sekolah mereka (dah nak jadi cerita lah tu)

Kalutlah pagi hari ni bila assignment yang hendak dibuat tak sempat nak buat dan akibatnya...SAYA lah yang akan menjadi mangsa untuk menghabiskan homework mereka. Assignment yang panjang berjela dan memerlukan khidmat printing kaler dari kedai stationery serta perlu di bind dengan cantik, YE itulah dia anakku.... sakit jantung dibuatnya.


Nasib baiklah hari ni tugasan tak berapa nak hebat maka bolehlah saya mencuri-curi masa sekejap membantu melengkapkan assignment anak saya.

MengHAIRANkan...budak-budak sekolah zaman sekarang ni nak kata homework tak payah cakaplah memang menimbun-nimbun dah tu siap ada assignment lagi..setahu saya assignment ni akan bermula bila berada di darjah lima atau enam...ini tak, darjah tiga aje dah ada sekurang-kurangnya 3 assignment dalam setahun, darjah empat apatah lagi.

Soalan yang diberikan juga kalah sekolah secondary..sylabus ala-ala nak masuk tingkatan tiga, siap ada subjek "Kajian Tempatan" lagi. Selain itu, subjek yang diberikan antaranya Senaraian Makanan Tradisional Malaysia, Sistem Solar, Jenis-Jenis Penempatan, Ikon Saya dan macam-macam lagilah.

Agak-agak koranglah, takkanlah Cikgu dorang tak perasan kan? mutu kerja anak-anak murid mereka, takkanlah darjah tiga atau empat boleh buat kertas kerja bermuka-muka kalau tanpa pertolongan ibu, bapa, makcik, pacik mereka? Dah sah-sah murid-murid akan di bantu oleh mereka-mereka ini kan. Macam mana pulak lah dia nak buat grading pemarkahan (tanya cikgu-cikgu aje ni), kalau bagi sikit markah kang, anak murid tak puas hati lak, katanya dia dah buat bermuka-muka surat tak dapat markah banyak tapi yang muka surat sikit dapat markah lebey,..inilah yang jadinya tak adil. Erm....tak fahamlah saya. Cikgu-cikgu fahamlah kot!

Tapi memang macam tu la kalau anak-anak dah leka, memang ALAMATlah elok-elok nak submit homework hari ni, langsung kena pospon ke esok harinya...asyik perkataan LUPA dan MALAS aje dah setkan ke mind mereka..inilah jadinya.

Agak-agak budak sekolah zaman sekarang mesti STRESS tahap melampaukan? Tambahan pula macam anak-anak kita yang bersekolah dari pagi sampai ke petang, Isnin hingga Jumaat mana taknya naik kebas otak asyik berfikir aje...tapi takpe janji mereka BERJAYA. Bukan ke sekarang ni ramai budak-budak pintar di luar sana. Jadi mereka kenalah berlumba-lumba untuk memaintainkan pencapaian mereka (mengikut kemampuan).

3 comments:

EkaTikah said...

hehe, biaselah tu..bile tnye ckp xdew, padahal melambak kot..hehe ^^

ummiP3 said...

YG TAK TAHAN TU KEKADANG DALAM KETE BARU TERINGAT ADA...HUH...BIKIN JANTUNGAN DIBUATNYA....

Kayu Manis said...

nak ke ingatkan selalu..tak pun buka je bag diorang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...