Bersiaran kembali. Nak tanya opinion semua antara dua tajuk utama di atas yang mana korang paling suka:-
1) Facebook
2) Twitter
Mesti ada sesetengah tu yang susah nak pilih kan? Kerana some people suka akan facebook dan separuh orang suka twitter.
Macam saya pulak lebih prefer Twitter as compared to Facebook. Bagi saya banyak keburukan dari kebaikan pengguna facebook dan twitter ni antara salah satunya yang saya rasa sungguh meruncing ialah ianya merupakan tempat untuk melepaskan rasa marah benci sesetengah pengguna kepada seseorang, hingga adakalanya boleh mencetuskan rasa marah, tidak puas hati antara satu sama lain malah ada setengah tu sanggup berbunuh-bunuhan atau paling tidak pun bermasam muka sesama mereka akibat terlalu taksyb bagi sesetengah mereka menitipkan kata-kata 'hikmat' mereka di laman sosial tersebut. Terpulanglah pada sesetengah individu untuk mencorakkan diri mereka. Umpama dalam kata lain 'kalau nak tahu watak seseorang tu tengok gaya penulisan dan penyampaian mesej beliau' betul ke macam tu?
Tepuk dada tanyalah selera. Apa saja mesej yang korang nak sampaikan Kenalah tepat dan jangan mengarut menceceh yang bukan bukan. Jagalah sesitiviti sesetengah pihak walaupun adakalanya korang akan berkata 'eh! Saya bukan bercakap pasal dia, jangan nak perasan sangat ek!' .
Oleh itu selalulah ingat 'Bahasa kita wajah kita'.
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
shaye lbih suke fb sbb sengal ckit psl twitter..hehe....tp, tu la mmg ader buruk & baik nyer...tpulang pd dri kite sndri sbnrnye..teknologi tuh sndiri mbawa kpd kebaikan tp akibat slh gune, tu yg ader keburukan.. :)
betul tu @Mira Adzlia, sis setuju sangat dengan pendapat tu..semua tu adalah bergantung dari kita sendiri.
sy lebih kpd fb..twitter ada jugak..tp jarang bukak coz dlm twitter byk tweet2 yg suke serang2 org lain..
Post a Comment