Tuesday, October 25, 2011

Taktik Pengiklan Yang Ter 'Over'

Pernah tak perasan lately ni macam-macam iklan yang terdapat dikaca-kaca televisyen, radio, megazin, suratkhabar, pamplet, brochure dan sebagainya. Maksud saya tu iklan macam contoh ye, program pelangsingan badan, pinjaman peribadi, jual beli kenderaan, malah paling hebat menawarkan khidmat kelas bahasa asing atau tuisyen tetapi menggunakan gambar-gambar wanita cantik dan seksi (macam mana tu).

Iklan seumpama yang nampak gah dan cantik hingga ada menarik minat sesetengah pengguna terutamanya pada mereka yang tanpa berfikir panjang terus menerima segala terma dan syarat pembelian tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang tetapi apabila sudah dihitung tolak, tambah, bahagi, sejumlah kerugian kini terpaksa dihadapi oleh pengguna.  Ada sesetengah pengguna juga apabila telah mengetahui akan taktik kotor para peniaga 'terpaksa' membeli produk atau barangan mereka apabila terkena dengan sogokan mereka dengan bermacam-macam penerangan yang membuatkan pengguna tidak dapat mengelak atau lari melepaskan diri.

Pengiklan menggunakan pelbagai taktik untuk menarik minat pengguna antaranya ada yang menawarkan pakej kecantikan secara percuma atau paling tidak menawarkan treatment harga murah/rendah, tetapi sebaliknya apabila pengguna tiba dipremis mereka, mereka dipaksa dan dihujani dengan pelbagai pakej yang rata-ratanya bukan seperti yang ditawarkan sebelum ini.

Kita sebagai pengguna haruslah berwaspada dengan iklan-iklan seperti ini yang lebih dikenali berbentuk 'UMPAN' yang merupakan satu penawaran tidak jujur untuk menjual sesuatu perkhidmatan.  Malahan kita perlulah bijak befikir akan keperluan serta kepentingan sebelum membeli atau membuat sesuatu keputusan agar tidak menghadapi sebarang kerugian.

1 comments:

Asyikin said...

sangat setuju !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...