Friday, February 10, 2012

Jangan BOHONG!!


gugel

Anak-anak yang sedang membesar pasti menghadapi pelbagai kerenah dan menunjukkan pelbagai jenis tingkah laku yang kadangkalanya ibu bapa hilang kesabaran dan kewarasan antara salah satunya apabila mereka sudah pandai untuk berbohong.

Sedih apabila kita sebagai parents mendapat tahu yang anak-anak kita suka berbohong dan menipu kita terutamanya dalam apa jua keadaan.  

Yang pasti jangan dianggap remeh dan temeh kerana ianya bukanlah suatu proses pembelajaran atau pembesaran mereka kerana sikap sebegini seharusnya perlu di kikis sejak usia muda lagi.

Kebanyakkan anak-anak berumur antara 2-3 tahun tidak dapat membezakan yang mana satu fantasi atau realiti, jadi mereka akan membuat sesuatu kesimpulan dengan berbohong akibat dari kekeliruan.  Ada juga sesetengah anak-anak yang berbohong hanya untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.  Anak-anak ini menghadapi situasi di mana ibu bapa perlu bertindak dengan meniliti kesahihan cerita dan jika di dapati mereka berbohong pastikan mereka berubah sikap serta merta.  

Sebagai ibu bapa adalah wajar untuk kita memberikan hukuman kepada mereka tetapi biarlah ianya berpatutan dan munasabah.

Parents perlu menekankan sikap jujur serta berterus terang dalam mendidik anak-anak serta secara tak langsung terangkan kepada mereka akan bahana serta hukuman pada orang yang suka berbohong.

Seeloknya sebagai parents kita haruslah menanam sikap keterbukaan kepada anak-anak agar mereka sentiasa selesa dan seronok untuk berbual dan bertukar pendapat dengan kita dan kita parents haruslah menjadi pendengar yagn setia dan bersedia untuk mendengar apa sahaja luahan dari mereka.

Selalulah melayan mereka sebagai teman dan sahabat untuk berbicara dan dalam masa sama diterapkan agar mereka tidak melebihi batasan hingga hilang hormat terhadap kita sebagai ibu dan bapa.

Insyaallah.


5 comments:

aReLaN said...

dulu masa kecik kalau cakap bohong pastu kantoi, konfem kena cili ngan mak.hahaha..jujurlah walaupun pahit kan.

hajar said...

selalu igt pepatah ni siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama2 mencuri..

Unknown said...

ibu bapa tu jgn larh berbohong kan.. dulu org kate.. saksi yg pling bleh dipercyai adlh budk2 sbb dorg xpndai nk bohong..tp skunk smua tu xleh pakai dah..hu2.bdk2 pon pling pndai ckp tpu skrg..geram nk cubit rase..hehe..

Aziela said...

sedih sangat bila anak2 kecil berbohong.....

RamRamCute said...

Betul tu kawan kawan walhasilnya sebagai ibu bapa kita kena jadi ikon dan role model kepada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...