Thursday, February 09, 2012

Pudarnya Nilai Murni...

Dengan kemodenan negara yang semakin pesat membangun serta pelbagai kemudahan terdapat atau disediakan kini maka semakin ramai rakyatnya semakin leka dan lalai akan kemodenan kota, hingga hilang dari menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

gugel

Zaman sekarang manusia semakin berlumba-lumba untuk mengejar kesenangan dan kekayaan.  Kehendak manusia sejagat semakin memuncak apabila masing-masing sudah mampu memiliki apa yang mereka idamkan. Tetapi di dalam kealpaan kita keatas tuntutan hudup duniawi, kita semakin terlupa untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita sehari-hari antara contoh paling dekat, ibu bapa yang semakin tua dan uzur kita abaikan hanya kerana tuntutan tugas di bandar dan hanya jarang-jarang sekali pulang ke kampung menjeguk mereka.

Maka semakin ramai di antara mereka mengambil keputusan untuk menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua-tua atau rumah kebajikan hanya kerana mereka tidak mempunyai peruntukan masa bersama dengan ibu dan bapa.

Persoalannya, dimanakah nilai-nilai murni kita sebagai anak terhadap ibu bapa yang membesar dan mendidik kita atas setiap kejayaan yang kita hadapi sekarang?  Seperti perumpamaan "Mengapa seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak tidak mampu untuk memelihara seorang ibu?"

Mengapa setiap pengorbanan dan didikan serta perhatian yang mereka berikan kepada kita ketika kecil kita perlekeh dan permudahkan.  Tak susah untuk menjadi anak yang baik dan soleh hanya berbekalkan dengan keimanan dan ketaatan kepada kedua ibu bapa maka berjayalah kehidupan kita tak kira di dunia mahupun di akhirat.

Jadilah anak-anak yang perihatin terhadap kehendak dan keperluan ibu bapa sementara mereka masih bernafas di bumi Allah ini.  Balaslah pengorbanan mereka kerana setiap senyuman dan kepuasan yang mereka berikan terhadap kita merupakan suatu doa yang tidak sia-sia.

Periharalah mereka selagi kita mampu dan bahagiakanlah mereka semahunya selagi hayat mereka.  Kerana kasih ibu dan bapa tiada tandingnya di dalam dunia ini.


7 comments:

fizafantagiro said...

Kasih Ibu membawa ke syurga , Kasih ayah berkorban nyawa ..

tapi kasih anak ... ermm ..

byk kes mcm ni skrg .. sedih bila kenangkan ibu bapa yg bernasib macam ni disebabkan anak2 ..

fieda said...

ni la zaman millanium..semakin berani....dorang tak terpikir ke nasib dorang pun mcm tu jugak nanti...

Aziela said...

apa yg kita beri kepada ibu bapa, 10 kali ganda anak kita akan beri...baik yg baik mahupun yang buruk....

Allahu'alam...

Kaki Wayang said...

Sedih kan kalau ada manusia yang bergelar anak dengan sewenang2nya buang ibu bapa macam tu je...sedih!!!!

kak gojes said...

adoiii..keji jugak anaknya tu...queen kontrol mungkin bini dia ni...kesian...kesian...

dya nasir said...

semoga di jauhkn sifat yg mcm ni..

Cik mama said...

Sampai Hati .. tak berkat hidup klu buat ibu ayah cam tu... S'moga si anak tu dpt kesedaran.... Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...