Friday, February 03, 2012

Manohara Odelia Pinot



Masih ingatkah anda dengan beliau?


Cantik, menarik dan menawan (dalam erti kata sebenar konteks penerimaan seorang lelaki) Ye ke? Gedik aje tengok....


Gugel


"JAKARTA: Berita mengenai hubungan Manohara Odelia Pinot dengan seorang gabenor semakin banyak diperkata. Malah, gambar mereka berdua semakin banyak tersebar di Internet.  Sejak beberapa bulan lalu, tersebar khabar angin mengatakan Manohara sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang gabenor. 



Dan kini, dengan tersebarnya gambarnya dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya, dipercayai seorang gabenor, menguatkan lagi khabar angin itu.


Dalam gambar yang diberi tajuk “Gabenor Sulawesi Tenggara dengan Manohara,” wanita jelita itu memakai blaus jarang berwarna putih yang menutupi sepasang pakaian mandi hitam, dan rambutnya dibiarkan tidak diikat, di atas sebuah bot.


Seorang lelaki berkumis, yang dikatakan seorang gabenor, duduk bersantai bersama Manohara sambil memegang sebuah kamera SLR. 


Hubungan mereka masih menjadi teka-teki kerana Manohara tidak dapat dihubungi untuk mengesahkannya. - Detikhot"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...