Saya suka artikel ni yang mana saya dapat dan ingin kongsikan bersama rakan-rakan bloggers yang saya sayangi.
Dalam kehidupan seharian kita BERCAKAP memang perlu, nanti kalau tak bercakap macam mana pulak eh? Tak pasal-pasal orang chop kita sombong tak bertempat dan poyo kan. Tapi kalau dah terlebih bercakap pun ada jugak padahnya hehehehe...
Dan rasanya diantara kesemua kriteria yang disenaraikan di bawah serasa saya ada gak lah kena mengena dengan saya ..hehehhe.... PERINGATAN UNTUK SAYA!!
So, selepas ini saya akan cuba berubah dan berkata-kata hanya mengikut keperluan dan tujuan sahaja selain dari itu mempunyai kesedaran untuk tidak menyakiti hati orang lain...yelah kita ni insan biasa tak semuanya perfect kan...kekadang tu mulut teringin nak meLASERkan orang tapi hati saya baik, takdelah tahap kejam sampai membunuh.
Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan seperti berikut:
- Golongan cakap merapu
- Golongan peramah
- Golongan kaki cakap
- Golongan cakap pejuang
- Golongan cakap politik
- Golongan cakap orang pendiam
- Golongan cakap sombong
- Golongan cakap biasa biasa aje
- Golongan cakap cakap nak perdaya
- Golongan petah bercakap
- Golongan cakap hendak tunjuk pandai
- Golongan cakap cakap kotor dan lucah
- Golongan cakap maki maki
- Golongan cakap tin kosong
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
- Bercakap perkara yang perlu sahaja
- Bercakap yang terpaksa
- Bercakap kerana kewajiban
- Tidak suka bercakap
- Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
- Bercakap yang menggoda.
1 comments:
ndak dapat tahu kancil kedudukan yang mana satu...mengikut keadaan...hehehe...
Post a Comment