Friday, February 03, 2012

Tak Susah Memenangi Hati Wanita

Gugel


Sebenarnya, bukan susah sangat memenangi hati wanita. 

Orang perempuan ni mereka cuma perlukan seorang lelaki yang tahu menghormati dan menghargai dirinya. Mereka mahu kita lafazkan penghargaan itu selalu dan sesekali berikannya kejutan dengan memberikan hadiah-hadiah. Tidak perlu mahal tetapi istimewa. Malahan sekuntum bunga sudah cukup besar nilainya dan memadai di hati seseorang wanita tu. 

Sebab tu lah wanita lebih suka dan mengharapkan lelaki idaman mereka itu mempunyai ciri-ciri yang mementingkan keluarga dan anak-anak. Contoh terdekat, kaum wanita lebih obses ketika membaca novel dan menonton filem yang menampilkan hero kacak dan berketrampilan macho dan berperawatakan sebagai seorang family man, lovingly dan romatik.

Hmm.. cakap memang mudah tetapi kesibukan lelaki sering membatasi dirinya melakukan perkara macam tu betul tak?

Orang perempuan ni sentiasa mahukan seorang lelaki yang dia rasakan selamat apabila berada di sisinya. Maknanya, dia mahukan lelaki yang sentiasa ambil tahu, ambil berat, bertanya khabar dan mampu menjaga keperluan zahir dan batinnya. 

Orang perempuan jugak mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi penemannya. Tempat untuknya bercerita dan berbicara agar hati tidak terasa sunyi tapi kekadang kaum lelaki ni suka sangat ignore apabila kita kaum wanita hendak bercerita akan kisah pejabat dan kawan-kawan di sekitar mereka.  Jadi apa salahnya kaum lelaki tu mendengar keluhan dan masalah mereka sekali sekala.

Yang terakhir, orang perempuan mahu lelaki yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat. Tanyalah pada mana-mana wanita, lelaki bagaimana yang mahu dipilihnya sebagai suami? pasti salah satu cirinya ialah lelaki yang beriman dan yang boleh membimbingnya menjadi wanita solehah dan isteri mithali.

Tak susah kan?

7 comments:

Aziela said...

betul...betul....

Tie HT said...

memang tak susah senang je kan...saje je diorang buat2 susah..ekekke :)

aReLaN said...

betul tu.tapi susah lak rasa nak jadi romantik sebab terlalu cool ni.hahaha..

Kaki Wayang said...

Susahlaaaa..dah lah i ni bukan jenis yang romantik..pemalu shy shy cat gehtoooo

Si BuDaK KaChAk said...

boleh cuba ni...tp blum terpikir nk bercinta lg la...

Arra Ahmad said...

tak susah..diorang saja je buat taktau..

kak gojes said...

sokong...mmg betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...