Thursday, March 22, 2012

Apa Benar Ke??



Benar ke remaja yang dikatakan diculik ketika membeli kad prabayar telefon berdekatan dengan rumahnya yang di saksikan oleh adik adiknya hanya merangka strategi tersebut untuk mengaburi mata ibubapa dan masyarakat sekeliling hanya kerana beliau tertekan dan rasa terkongkong?


Jikalau benarlah begitu, sememangnya budak ini memang tidak sepatutnya berbuat perkara sedemikian. 


Lari dari rumah untuk bersama sama dengan teman lelaki yang berusia 26 tahun. Apa nak jadilah dengan kes remaja sekarang.


Tidak tahukah akan impak yang ibubapa dan beliau sendiri akan hadapi. Kenapa seawal umur 15 tahun sudah pandai merasa tertekan dan rasa diri terkongkong? Bukankah diawal umur sebegitu tempat remaja ini hanya disamping keluarga dan adik adik tercinta. Kenapa mesti ada rasa sedemikian.


Kalau dah desperate sangat nak bersuami dan sudah ada pilihan hati serta tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran masakan tidak dikahwinkan sahaja. Biar mereka tahu nasib dan tanggungjawab berumahtangga.


Sepatutnya adik Siti Nurfatihah Mahadi haruslah berfikir secara waras dan tidak mengambil atau membuat sesuatu yang membuta tuli dan memalukan kedua ibubapa dan keluarganya.


Walhasilnya remaja sekarang jika diberikan didikan agama yang secukupnya juga perlulah memotivasikan serta memuhasabahkan diri mereka untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.


Mengikut berita akhbar katanya remaja berkenaan kini ditempatkan di rumah Penjagaan Kanak Kanak Tengku Ampuan Fatimah di Alor Akar kerana beliau enggan pulang ke rumahnya. Gadis tersebut juga kini diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan kaunseling.


Ambil iktibar dari setiap kejadian.


P/s: Simpati pada kedua ibu bapa beliau.


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

Aziela said...

Memang sakit betul hati saya dengan budak nie... Tak tahu langsung menilai ibu dan bapa dia... Mesti mak dia malu sangat.

Awak, ok ke? Take care tau. Banyak2 kan rehat yer...

MAY said...

@Aziela

budak ni mmg menyusahkan org..boleh tak ckp bodoh je..panas tol hati ni..

RamRamCute said...

@Aziela tq awak. Sy ok cuma pagi aje x ok.

@Cik May memang bodoh budak ni..elok kalau tahu dia nak memalukan emak bapak dia kasi cekik aje awal awal.

Anonymous said...

geram sgt2 bce entri ni...mnyusahkan ibu bapa yg dah besarkan dan didik dia..haihh...zaman skang byk budak2 tak fikir pnjang..ikut prasaaan

dya nasir said...

dya pun geram..terlalu ikut kn perasaan smpai memalukn ibubapa dia

Lida Rahim said...

itu ler LR pon terkejut gak baca.. org punyalah susah hati igtkan kena culik ke apa.. alih2 dia seronok2 jer.. haishhhh mintaklah dijauhkan perkara cam ni terjadi kat anak2 kita

Reena Sidek said...

kesian kat kedua ibu bapa dia...
tak patut dia buat macam tu...
dah lah kes penculikan sekarang makin berluasa dia pulak buat gimik macam tu... geram jadinya...

Izwa Kamaruddin said...

kesian kat mak ayah bdk nie...

Fiza Rahman said...

Dasyat lah budak pompuan nih. Benda mcm ni bley di buat main. Kesian kat parents.

RamRamCute said...

Betul tu kawan kawan, rasanya budak ni dalam hati dan fikiran dia nak seronok aje, dia tak nak fikir soal halal haram baik buruk atau tidak apa yg emak dan bapa dia harapkan pada dia sebagai anak yang sulung dianggapnya sebagai kongkongan dan tekanan.

Pendek akal!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...