Thursday, March 01, 2012

MATTA Fair 2012 (Kuala Lumpur)

Bulan tiga a.k.a. March kini kembali menjengah kita semua....sekejapan bulan berganti meninggalkan kita semua...

Yang pasti bulan ini merupakan bulan yang dinantikan bagi sesetengah antara mereka iaitu sudah pastinya kemunculan MATTA FAIR 2012.


Bandung, Jakarta, Medan, Perth, Gold Coast, Korea, Jepun, Amsterdam, Switzerland, Hong Kong, Bangkok, Phuket
(naik juling mata dan biul kepala memikirkan destinasi percutian) 

Pada mereka-mereka yang merancang-rancang hendak bercuti bersama yang tersayang tu apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan ini....pelbagai destinasi menarik untuk kita semua lawati.

Teringat keluhan makcik kat Pejabat Imigresen semasa saya buat pasport baru-baru ni (yang menemani anak beliau yang akan berpindah bertugas keluar negara) katanya masa zaman dolu kala masa zaman nenek, moyang,  emak, bapak dia dolu kalau nak pergi bercuti keluar negara sanggup berkira-kira pelbagai jenis kiraan keluar sebab costing terlalu tinggi tu kalau nak bercuti sampaikan kena berkali-kali campur tolak bahagi nak membawa seisi keluarga bercuti naik kapal terbang....susah dolu-dolu....katanya lagi kalau naik kapal terbang kira orang kayalah time tu...kalau naik kapal terbang pun pergi menunaikan Umrah dan Haji aje itu pun mereka kumpul duit tau.. (saya senyum ajelah dengar...)

TETAPI.......

Zaman sekarang dah berubah sama sekali nak kemana-mana ke luar negara tak perlu berfikir panjang lebar kerana semua orang sudah MAMPU untuk terbang kemana-mana sahaja.  Pokok pangkalnya duit...mampu tak mampu lain kira ye dak? Yang penting berjalan ke negara orang dan memahami kebudayaan serta kepercayaan mereka menjadikan ianya sesuatu kenangan yang indah dan tidak dapat dilupakan.


Yang pastinya MATTA FAIR akan berlangsung pada 16 Mar 2012 (Jumaat) - 18 Mar 2012 (Ahad) bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga ke 9.00 malam.

Nak bagi lagi puas hati sila KLIK untuk maklumat lanjut.

1 comments:

Anonymous said...

Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...