Friday, March 02, 2012

Kadang-kadang.....


Assalammualaikum dan selamat pagi semua.....

Sekejapan aje dah hari Jumaaat. Tanpa kita sedari masa begitu pantas meninggalkan kita semua dan umur semakin lama semakin meningkat.

Pernah tak anda bertanyakan pada diri anda tentang sesuatu kejadian yang indah terjadi pada seseorang tetapi tidak pada diri kita...

Putaran hidup sama seperti putaran roda penuh dengan pancaroba dan kenangan pahit dan manis, suka dan duka, bahagia dan nestapa.  Tetapi itu semua dugaan dan pemberian tuhan kepada kita umatnya.  Seeloknya kita mensyukuri setiap nikmat yang diberikan olehNYA.

Banyak perumpamaan yang kita selalu lihat dan kadang-kadang menilai sesuatu itu mengikut tafsiran hati kita sebagai manusia.

Antaranya:-

  • kadang-kadang kita lihat orang tu cantik/handsome tetapi pasangannya biasa-biasa aje
  • kadang-kadang kita tengok orang tu kaya raya dan kerja ntah hapa-hapa tapi mampu milik apa sahaja
  • kadang-kadang kita tengok orang tu takdelah berkemampuan tetapi selera mengalahkan orang yang berkemampuan sanggup bergolok bergadai untuk tampil mewah dan menawan
  • kadang-kadang kita tengok orang berlumba-lumba hidup antara satu sama lain
  • kadang-kadang juga kita tengok orang ni menunjuk-nunjuk akan kebolehan serta kemampuan mereka
  • kadang-kadang kita tengok manusia ni terlalulah mementingkan diri hingga sanggup menikam orang lain
  • kadang-kadang manusia ni suka cakap hebat dan besar, riak
  • kadang-kadang manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang mereka ada
  • kadang-kadang kita fikir kita susah, tapi ada lagi makhluk Allah yang lagi susah 
  • kadang-kadang kita fikir kita kaya dan raya pakai segalanya mewah, tapi ada lagi orang yang hidupnya lagi mewah melimpah ruah
  • kadang-kadang kita fikir kita bagus, tahu semua benda tetapi ada juga sesetengah perkara yang kita tak tahu
  • kadang-kadang kita rasa kita bahagia, tapi ada lagi orang yang terlalu bahagia dan bersukaria
  • kadang-kadang kita fikir rezeki kita selalu aje bermasalah, tetapi ada lagi yang sering di duga hidupnya
  • kadang-kadang kita buat baik dengan orang, tapi orang selalu ambil kesempatan atas kebaikan kita
  • kadang-kadang kita fikir kita hebat semua orang suka dan senang dengan kita, tapi tak semua orang akan berasa senang dengan kita.
  • kadang-kadang kita rasa kita mampu meniru apa yang orang lain buat, tapi kita membodohkan diri kita sendiri kerana kebodohan dan ketamakkan diri
  • kadang-kadang kita fikir kita berkedudukan dan berpangkat tinggi hingga sanggup dan berpuas hati menyinggung hati dan perasaan orang bawahan, tetapi kita tak tahu bahawa hati kita pun bergelodak dengan konflik.
  • kadang-kadang bila kita buat jahat dengan orang, tetapi akan ada orang yang akan berbuat baik dengan kita hingga kita termalu sendiri
  • kadang-kadang bila kita rasa diri kita bertuah dapat segala macam anugerah dan pengiktirafan, maka akan ada orang lain yang lebih bertuah.
  • kadang-kadang kita rasa kita selesa dengan kedudukan kita sekarang, tapi kita tak tahu selama mana pun kita mampu bertahan.
  • kadang-kadang kita rasa diri kita terlalu banyak ditimpa dugaan, tetapi kita tak fikir bahawa dugaan itu pasti akan ada sebab dan musababnya.
  • kadang-kadang kita rasa kita ego dan meninggi diri, tapi kita tak tahu selama mana pun kita boleh berego dan meninggi diri.
Sesungguhnya kita sebagai hambaNYA seharusnya (berapa banyak 'nya' lah) memanjatkan kesyukuran atas apa sahaja yang diberikan.  Setiap dugaan dan permasalahan yang timbul akan ada hikmah dan ganjaran daripadaNYA, cuma kita dalam keadaan sedar atau tidak akan kehadirannya dan nikmat yang bakal kita kecapi itu.

Sentiasalah mensyukuri nikmat Allah s.w.t.


3 comments:

Eryati said...

bersyukur la dgn apa yg kita miliki kan...

:: Mrs.Eady :: said...

kdg-kdg manusia ni selalu terlupa siape dia..hehehehe..

Rahmah Ram Ram said...

@Eryati & @Mrs Eady: betul tu. itu pentingnya kita sentiasa bersyukur dengan apa sahaja pemberian dariNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...