gugel
Lately ni rasa tidak bersemangat dan tak berapa nak aktif untuk berblogging. Mood sepanjang masa kelaut dan melalut tak tentu hala...
Beberapa hari ni pun keadaan kesihatan diri juga tidak berapa nak mengizinkan saya terus-terusan aktif melakukan apa sahaja. Rasanya macam nak ambil cuti panjang dan tidur terus-terusan sambil berbaring di atas katil dan berkurung di dalam bilik sambil menonton tv dan berbaring.
Betullah kata orang, lain orang lain ragam dan tahap kesihatan mereka ketika mengandung. Tahap kesihatan dan kehamilan saya ketika ini sungguh amat tidak menyelesakan saya. Tekak rasa loya macam nak muntah tak nak muntah, kepala asyiklah berpusing-pusing takde arah tujuan, badan rasa ringan tak larat kaki nak mengangkat dan menghayun. makan apa benda pun semua rasa tak sedap, air masak yang selalu saya minum tu pun rasa payau, gula dan garam kena kurangkan takut tahap kesihatan menjadi kesusahan.....arrrggghhhh SEKSA!!!!
Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.
Semoga saya lebih bersemangat dan berharap agar semua yang saya alami ni berakhirlah dengan cepat.
Pada kawan-kawan yang berziarah dan singgah ke sini, janganlah kecil hati kalau saya tak sempat nak menjenguk dan berziarah ke rumah anda, Insyaallah jika saya diberikan kekuatan dan kelapangan saya akan singgah ke blog anda dan meninggalkan jejak.
Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua....
Mood: Rasa tekak tak sedap sungguh!!
7 comments:
tak pe2.. nnti dah ok bru lah blogwalking ye kak..:D
takpe takep..yg penting akak sihat dulu ye..take care :)
xpe kak .. dah ok nanti aktif blk oke ..
jaga diri & baby dalam peyut tu bebaik tau .. :)
saya doakan akak tabah dan saba dalam menghadapi saat ni...
jaga diri dan baby dlm kandungan.... :)
biasalah tu,awal awal 4 bln kebawah nie memang camtu,pastu dah ok dah....
alhamdulillah...tahniah kak rahamh...saya tertinggal keretapi kot tau berita akak tgh mabuk2 kepayang ni...semoga Allah beri kekuatan untuk akak ye ... :)
sabar ye..
sy pon bru jek lps fasa2 seperti di atas..
Post a Comment